Cuti Sakit

By Mizz Coki - Julai 28, 2012


Sekarang ni kan menjadi-jadi je orang sakit di sana sini.  Tak terkecuali jugak kat rumah.  Mula-mula Gabby, demam panas pastu tak turun sekolah dua hari berturut-turut.  Lepas tu Papa pulak kena.  Memang pastilah aku yang jadi orang terakhir kena which is true.

Dengan batuk dan hidung tersumbat lagi, mata berair, dahla perut kejang sebab batuk.  Tak cukup dengan tu malam tu jugak menggigil-gigil sejuk walhal badan panas.  Keesokan harinya pergi klinik dan doktor bagi MC.  Siap kena pakai pad lagi sebab batuk sampai terkucil punyalah teruk.

Malam Jumaat tu adik ipar bermalam kat rumah.  Dia bagi  hubby makan Vitamin C yang ada Royal Jelly dari CNI tu.  Tapi dia tak bagi makan macam biasa taram dua bijik tu.  Dia bagi dalam 4 biji dan suruh hubby pecah-pecahkan dan larutkan dalam air.  Malam tu sebelum tidur kan, aku jamah kaki dia amboi bukan main panas gila suhu badan dia.  Walhal petang tu aku dah siap-siap lapkan badan dia dengan air sirih.  Yelah, dah takde daun bunga raya, gunakanlah alternatif  yang ada.  Dia ni bukannya suka pergi klinik pon.

Pagi tadi awal jugak dia bangun terus pergi jerang air panas nak mandi katanya. Nampak semacam jek.  Dia nampak lebih cergas.  Aku rasa dahi dia, eh eh... betullah.  Dah kebah. Petang tadi pun aku gohet 4 bijik, harap-harap besok jadi lebih cergas.  Terbengkalai projek kraf dan nak hantar baju-baju customers lagik.

Secara logiknya, Vitamin C ni ''menyejukkan" badan yang kepanasan.  Betul. Dulu-dulu kan asal sakit je mesti makan bebanyak buah betik.  Tengoklah, besok pagi bangun tidur terus melompat main sepak takraw!  

Hahaha... nampak benor nipunye....
OK leer, nak sambung ber-Facebook la pulak.
xoxo.



  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan