Cuaca di Kuching Sangat Panas.... Tak Terkata!

By Mizz Coki - Jun 02, 2012

Uiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... panas gila Kuching sekarang tau.
Mandi lepas tengah malam dah jadi perkara wajib lak sekarang ni.
Siap syampu rambut lagi barulah dapat tido dengan lenanya segar!

Baby Goldie Avanza kami tengah mandi

Cuaca panas ni adalah best untuk menghantar kereta pergi mandi.
Bersinar-sinar kena panahan matahari memang sentiasa bersih kereta di sana sini.


Paling best bila beli cokelat, kena cepat-cepat makan.
Kalau lambat camnilah jadiknya.
Mesti kamu mati kutu nak makan kan?
Macam si anak yang berakal dari ibunya, pergi simpan balik cokelat tu dalam peti ais.
Mak nya pulak tak penyabar, so keluarkan cokelat tu dari pembalutnya, kemudian koyak sikit kat atas dan picit macam makan cokelat COKI COKI.
Whoaaahhh persamaan nama .....

Anyway, rindu jugak nak menikmati hujan. 
Masuk hari ni dah seminggu tak ujan tau.
Cuma hari ni cuaca ada redup sedikit.
Paling syiok masa breakfast pagi tadi.
Sambil-sambil menyuap Kolo Mee, angin pukul 9 pagi bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Rasa macam Autumn in Korea weh!
Korea lah sangat hahahaha....


Foto ni aku amik dari bilik boss sebelum cuti Gawai haritu.
Masa ni ribut kencang.
Terasa best dengar bunyi hujan jatuh tip tap atas atap.
Teringat lagu zaman sekolah rendah dulu...

♪♫"TIP TAP TIP TAP HUJAN DAH TURUN -2X
TIP TAP TIP TAP BAJU DAH BASAH
MARI KITA AMBIL PAYUNG!"♫♪

:D ngeeeeeee ~~~

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan