Chicken Sandwich Platter, Scoops

By Mizz Coki - Jun 03, 2012



Balik kerja kami selalu kena dilema nak makan apa.
Kalau boleh memang nak elakkan lah makan malam berat-berat macam nasi.
Tapi nama pun dah makan malam kan, bila perut lapar balik kerja, bila stuck dalam traffic jam dalam otak mulalah terbayang makanan yang best-best.
Oh tidaaaaaaaak!!!!!


Scoops.
Ini antara salah satu tempat yang kami suka lepak bila balik kerja.
Terletak bersebelahan dengan Maybank (Batu 2 1/2/Stampin/ opposite Buddhist temple) tempat makan ni sebenarnya famous dengan gellato (aiskrim Itali) yang sedap-sedap.

Menu favorit kami ialah Chicken Sandwich Platter yang dihidangkan bersama French Fries tapi aku tak berapa gemar makan fries yang jenis macam dalam gambar ni, jenis shoe string.
Aku suka yang crinkle cuts gemok-gemok tu. hik hik
Now we move to the sandwich.
Roti dia guna tu roti biasa yang kita makan waktu breakfast tapi dia toast kan sikit so roti tu macam crunchy gitu.
Inti pulak this is the best part! 
Isi ayam chunky-chunky, dengan tomato mentah yang manis, ada timun dadu sikit, bawang cincang sikit, mayonis masam manis.
*pejam mata dan bayangkan*
Harga pun OK OK je.
Tak sampai RM9 pun sepinggan.

Memang sedap!



  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan