Berkhidmat Untuk Negara

By Mizz Coki - Jun 12, 2012


Tak de duit nak pergi Minggu Setiausaha.
Orang bersukaria pergi KL pergi Sabah....
Aku dok Bengkel Fail Meja yang bosan nak mampus itu.
Takde bajet, tak cukup bajet.
Jawapan yang dah dua tahun aku dengar.
10 tahun aku dok HQ, selama 7 tahun berturut-turut aku merasa nikmat pergi Secretaries' Week.
Siap masuk akhbar tempatan lagi muka hodoh ini.
Belum masuk lagi kemudahan paling asas iaitu printer.
PSC ok?
Print, Scan, Copy.

Malam ini aku rasa nak menangis.
Kerana membayangkan macam mana nasib aku untuk esok dan minggu-minggu yang akan datang.
Siang tadi aku nak print borang tempahan tiket kapal terbang boss.
Tetiba keluar kat skrin PC, ink dah kering.
Angkat gagang phone, call ke Admin.
Dah order katanya.
Tapi takde bajet.
DUIT TAK ADA.

So malam ini aku print kerja-kerja ofis dengan menggunakan printer kat rumah.
Nasib baik CISS (betul punya ejaan ke?) punya ink.
Limit sampai 1500 printings.

....... tiap-tiap minggu kena buat minit mesyuarat.
........ belum lagi termasuk fail meja yang tebal itu hari Khamis ini.

Otak aku jammed.
No further comment.




  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan