Berita Baik untuk Orang² Kuching -- Tak Payah Amik Org Gaji Seberang

By Mizz Coki - Jun 04, 2012

Nampak ada member post status FB semalam kan,
Gaji Pembantu Rumah Indonesia, buat satu kerja saja OK? 
Termasuk cuti 4x sebulan = RM700
Tak termasuk cuti = RM800
Aku cuba bayangkan suami yang kerja setiap hari, mampu tak bagi kat isteri yang tak bekerja 7-8 ratus sebulan?
Banyak aarrr cengkadak kamu pembantu rumah nak kerja senang tapi gaji nak besar.

Balik dari menonton MIB 3 semalam, kami tiga beranak singgah makan supper kat Bombastic Cafe.
Masa tengah tunggu order sampai tiba-tiba mata aku terpandang perodua Viva betul-betul parking depan meja kami.
Ada sticker khas lekat kat belakang kereta.
Cepat-cepat amik Note dan terus bukak website derang.
Nasib baik 3G kuat kat area Padungan.
Hmmm...
*belek belek*
Hmmm...
*skrol skrol*


One thing to say;
BERBALOI.
Sangat-sangat berbaloi.


Pakej disediakan mengikut kemampuan.
Siap sediakan khidmat samak bagi keluarga Muslim.
Senang kan?

Malas nak membebel panjang lebar.
Nombor telefon tertera di dalam gambar.

Ciao.

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan