Adamz Burger, Sri Aman

By Mizz Coki - Jun 22, 2012


*sila abaikan kesalahan pada ejaan*

Ini semua gara-gara Zie Madini punya blog lah.
Siapa suruh buat entri pasal Adamz Burger kan?
Siap bagi komen kat blog Zie yang aku mesti cuba Adamz Burger kalau balik Sri Aman.
YES!!
Kiterang balik Sri Aman pada 8 Jun haritu jadi malam tu jugak la pergi rembat hahahaha!



Jangan salahkan aku kalau korang tetiba menitik ailio.
Aku yang menaip ni terasa seksaan dunia rasa nak jilat dan geget je skrin pc ni.
Oleh kerana perasaan dendam yang membara nak merasa burger si Adam ni maka dengan tamak halobanya mencari menu yang paling mahal dalam senarai maka terciptalah.........

Special Homemade Burger dengan dua keping daging homemade oooh la la, dengan kepingan nenas yang manis, kepingan cheese yang melekat kat daging, sos black pepper yang kaw....
Harga adalah dalam RM11.00+++.

Takpe, cik abang sudi bayarkan *koff koff*
Jadi tengah malam pun tengah malamlah, dah tapau siap beli air teh bunga Yeo's dan duduk kat bilik hotel sambil menonton movie ~ so divine!!



Lokasi stall burger ni ok, kiterang siap guna GPS kat handphone lagi cari Nono Cafe.
Lawak giler.
Rupa-rupanya Nono Cafe ni terletak dekat dengan bangunan Baitulmal dan lebih tepatnya kat tempat perhentian bas express Sri Aman.
Derang bukak depan Nono Cafe dan cuma berniaga pada waktu malam OK.

Simple je stall dia.
Sanggup kami berdiri dalam hujan rintik-rintik dengan pelanggan lain berbaris pada malam tu.
Semangatnya...

Adam ni actually bekas peserta realiti TV Malaysian Idol, ala... mamat yang salu kena kutuk dengan Paul Moss dulu.
Paul Moss hairan cemana dia boleh bertahan lama dalam barisan finalis tu walhal ramai lagi yang lebih baik daripada dia.
Macam kes simpati lah, ramai yang undi simpati.

Tapi itu cerita dulu.
Dia memang berbakatlah.
Boleh menulis dan mencipta lagu, lagu Nasyid pulak tu!!

Wokeh,
Sebelum kesabaran hilang,
Sebelum tetiba turun ke bawah masak Maggi....
Baik hamba blah dulu.

xoxo.





  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan