Warna Warni Menonton The Avengers

By Mizz Coki - Mei 17, 2012

Waaaaaaaaahhhhh warna warni katanya.
Movie ni kiterang pergi tengok 2 minggu lepas.
Lupa pulak nak buat entri.
Pemalas.
Ini adalah filem yang kami nanti-nantikan sejak tahun lepas.
Selepas ni nak menunggu Men in Black dan Snow White.
Wowweeee!


Biasanya time favorit kiterang tengok movie adalah dalam pukul 5 petang hingga 7 malam.
Biasalah, sebab bawak Gabby sekali.
Kesian dia nanti tersengguk-sengguk ngantuk kan.
Tapi maklumlah time ni masih awal, ramai ibu bapa yang sengal bawak anak-anak di bawah umur 7 tahun pergi tengok maka gegak gempita lah panggung wayang dek tangisan dan kekecohan semasa movie tengah main.
Sebab itulah kita prefer duduk kat belakang habis.
Lagipun selesa sebab 3 beranak berbadan besar macam Hulk. *koff! koff!*

Rupa-rupanya dugaan tengok waktu jauh malam ni lebih banyak dan teruk dari tengok awal.
It's OK even though those kiddos will be screaming and prone to do their tantrums tapi ko tak sakit hati dengan hal2 lain.  

Contohnya pada malam itu:

Parking penuh.  Kebanyakan penonton masih dalam panggung time tu, nasib baik kat tingkat 5 ada kosong so kiterang dapat menyelit parking kat situ.
Kerusi banyak sold out.  Kiterang duduk di barisan kelima.  Sangat ke depan OK?  Memang gedabak la skrin tu huhu.
Aircond tak berapa sejuk!  Aku dah siap pakai cardigan.  Biasalah orang demok ni kan, cepat berpeluh tapi memandangkan waktu malam aircond kat panggung wayang akan jadi extra sejuk tapi bila duduk depan tu boleh suam suam ketiak aku.  Takpe, boleh diampunkan, nasib baik baju berlengan kalau tidak berlengan mau banjir ketiak time tu hawau.
Elok2 movie dah start dah layan dalam sejam lebih gitu tetiba lampu dan movie terpadam!!  Masa ni aku dah gelabah. Nak mengamuk ke tidak? Nak ngamuk ke tidak?  Bygkan betapa ruginya kalau tak jadi walaupun refund balik duit tapi takde masa nak tengok cuma haritu je yang free.  Penonton lain dah macam2 bunyiknya dan masa ni semua henpon terbukak dan update status Facebook, Foursquare etc masing2 termasuk akulah.  Siap kena gelak dengan member dalam Facebook.  Cheap-buy punya panggung.  Hubby keluar kejap pergi shee shee, 10 minit kemudian derang sambung balik. Lega! Selamat duit haku...
Overall movie ni sangat menyeronokkan dan betul2 concentrate tengok walaupun mamat satu group cha ya nun alif berchocheh tak henti2 sabo jelah Coki... 2 jam movienya quite dragging jugak tapi like what I said before sangat entertaining dan kecoh!

Macam biasa balik dalam 1:10 pagi perut pun berkeroncongan laparnya jadi singgah dulu kat King Centre makan Kolo Mee oh yeah baby! 
Bila perut kenyang aku langsung tak leh tido sudahnya main Facebook sampai pukul 6 pagi.
Dahsyat tak?

Woraits.
Cabot dulu!!!!











  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan