Restoran Kim Bay Tidak Halal!

By Mizz Coki - Mei 11, 2012

Kecoh pagi ni bukak internet je terus nampak berita ni.


Nampak je logo ni dah tau dah restoran mana dan di mana.
Kim Bay HK-Macau Restaurant, Pullman Kuching.
Yang kat The Hills tu lah mana lagi.
Satu lagi cawangan dia ada kat The Spring Mall.
Selalu jugak nak pergi makan kat sini tapi takde rezeki asik penuh aje ngan manusia.
So lepas ni no problemo sebab tak ramai lagi orang nak makan kat situ and some more dekat dengan rumah kiterang cuma drive kereta 5-7 minit dah sampai.

Kita ni dok dalam Malaysia.
Sensiviti adalah tinggi dalam isu soal halal haram ni.
So jangan sewenang-wenangnya nak mencincaikan hal-hal yang sebegini.
Enough said.

Oh ya, ramai yang tanya aku dok rumah buat kraf apa?
Lerrrr... tak peka langsung la korang ni kan aku buat kraf felt siap jadi supplier lagi.
Pergilah ke FB page kraf aku kalau ada masa.  -->  www.facebook.com/JustFelt.
Selalu buat keychain dan hp pouch so last week sempat revamped kan cekak rambut kosong terus dapat bunga ros macam ni!


Comel kan?
OK. 
Nak pergi rumah mak kejap.  
Bawak ole-ole sikit sempena Mother's Day.
Ada nenek dari Lundu sekali kat sana, best... Nenek suka dok rumah Mak.
Camtulah Nek, sporting gila.
Oh ya, foto ole-ole untuk Mak.


2 bijik.
Satu untuk Mak, satu untuk rumah sendiri.
Kek Peanut Butter ni sedap.
Aku order dari :  Delicious Bite Houz of Cakes.
Orait, nak gerak dulu!! 



  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan