Night2nite Lok Lok

By Mizz Coki - Mei 15, 2012

Entri makanan menggila lagi.
Ni gara-gara update album kat Facebook tetiba jumpa foto ni.
Aduina.
Aku terkonang-konang dengan Nasi Lemak yang sambal dia power gila ni.
Siap keluar hingus OK?
Barulah taste Mak kannnn?
Nama tempat ni NIGHT2NITE LOK LOK, Padungan.

NASI LEMAK USUS TERKOYAK

Hambik ko nama dia Nasi Lemak Usus Terkoyak.
Memang boleh koyak usus dek kepedasan sambal dia.
Nasi Lemak dia dahla sambal pedas sampai hingus meleleh keluar.
Kari Ayam dia pun terbaik wakkkk!!
Sangat pedas OK?
Lok Lok dia wuuuhaaaaaiiii... aku memang pedajalkan kerang, telur puyuh favorit gila tu.
Tinggi kolesterol kan? 
Haha.
Sekali sekala bolehlah.
Berpeluh jugak nak bayar lepas tu.
First time makan kat sini dulu, kiterang kena bayar dalam RM50+++ gitu.
Sebenarnya tak mahal mana tapi dah tu makan penuh satu meja macam lima orang makan.
Hahahahaloba betul.

Lokasi tempat makan adalah bertentangan dengan The Curve ke apa nama pub tu.
Sama deret dengan Kapit Hotel kat Jalan Padungan.
Sambil2 makan tu sempat jugak jeling2 kat Planet Sambal.
Sesapa pernah makan kat Planet Sambal tu korang mesti terkejut kalau aku kata yang sambal kat sini lagi power dari Planet Sambal.

Selamat menjamu mata!!

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan