Artis Hong Kong Zaman Dedulu (Tetiba Je...)

By Mizz Coki - Mei 18, 2012

Hmmmfftt..
Tetiba kan topik ni keluar.
Bukan apa tadi terpeleot dekat blog Cik Ina Do Do Cheng terus kata Oh My Galaxy Note! (pesal?!!) DO DO CHENG LAH!!
Bila dah sebut Do Do Cheng maka terkeluarlah nama-nama lama artis Hong Kong.
Bebudak sekarang tau Korea Korea Korea, sikit sikit Korea...  
Zaman dulu kiterang memuja HK punya selebriti pun macam korang minat Korean morean ni.


Haaaa... Ni Do Do Cheng.
Cantik kan?
Muka tak alter tak cucuk tak operate macam pelakon Korea.
Ni gambar masa muda, mana tau dah tua cucuk sana sini hehehehe..


Kumpulan BEYOND.
No. 2 dari kiri tu mendiang Wong Ka Kui.
Masih ingat lagi masa dia meninggal, jatuh dari stage ke apa.
Masa funeral dia ada peminat bunuh diri, jangan memain woooo.. 
Bodoh punya pompuan.


Kumpulan Grasshopper.
Lagu mereka sangat lah gay bunyinya hahaha.
Ada satu lagu tu dah ubah ke bahasa Melayu.
Yang ada lirik , "Dulu kau kata cinta padaku, kasihmu hanyalah untukku" kalau tak silap la.
Bukan Salih Yaacob ke yang nyanyi?



Sally Yeh.
Bekas Miss Hong Kong dulu2 la kalau tak silap.
Penyanyi dan pelakon yang berbakat.
Aku suka tengok dia ada iras-iras Nasha Aziz kalau dalam TV.

Ni pulak laki si Sally Yeh.
George Lam namanya dan sinonim sungguh dengan kumis ala pelakon Hindustan.
Penyanyi Canto Pop terhebat pada zaman beliau lah....


Sapa tak kenal Leon Lai.
Dulu-dulu kat sekolah sampai ada tshirt ber-Hood dia keluar.
Zaman ni ramai gadis2 remaja pakai baju tu.
Aku tak tau pernah ke tidak aku ada baju ni tapi aku tau adik ipar aku ada satu!
HAHAHAHAHAHAHAH.


Mendiang Lydia Shum.
Laki aku kata lah kalau aku pakai cermin mata memang serupa dia ni. 
Sabo jelah.
Mentang2 aku demok dan seiras nyonya.
*urut urut dada*

Ok. 
Ada ramai lagi sebenarnya tapi masalahnya aku tak tau nama dan aku tak reti nak ber-Hua Yi dan ber-Pin Yin ni.
Kalau korang tau sila tambah sendiri.

xoxo.

p/s:  Thanks to Amir Ting Tong Susu Cap Teko.  Dia list down kan nama2 spt. berikut ini:  Andy Lau, Sammo Hong, Chan Ho Nam, Stephen CHao, Uncle Tat, Maggie Q, SuiChi, Chow Yun Fatt, Jordan Chan, Francis Ng, Gigi Lai Whaaahhh!! Dulu-dulu Amir ni mesti terpacak dpn TV tiap2 pkl 6pm hahahahah!


  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan