Aku Benci Nak Masuk Blog Sengal Suka Paksa2 Orang LIKE

By Mizz Coki - Mei 16, 2012

Aku suka buat Blogwalking.
Walaupun aku jarang komen aku tetap baca blog kamu, tau tak.
Tidak kira betapa glamor atau tidaknya kamu, aku tetap nak baca sebab aku suka membaca.
Tapi please lah jangan paksa-paksa orang untuk suka dan LIKE kamu.
Aku benci tau.

Lately, aku nampak kecenderungan bloggers untuk meletakkan halangan-halangan sebelum kita sempat untuk masuk dan enjoy membaca blog mereka.
Bayangkan kamu tengah bersemangat ghairah untuk membaca tiba-tiba kena klik kat banyak POP UPS yang bodoh macam ni?

Apa kamu ingat ini Anugerah Seri Angkasa nak suruh VOTE bagai?
Berpada-padalah sikit.
Ni nak berBLOGGING untuk kepuasan diri atau mengejar GELARAN DUNIA semata-mata???


LIKE ME ON FACEBOOK
Ni lagi satu spesis sengal.
Apa kamu ingat kamu tu Hanis Zalikha?  Fatin Liyana? Kenny Sia?  Budiey? Jejari Runcing?
Tak perlulah nak paksa orang untuk LIKE, kalau orang suka, mereka akan LIKE kamu seikhlas hati.
Pop Up LIKE ni memang aku benci.
Masa tengah blogwalking kalau keluar je pop up ni baik BLAH.
Rasa nak hentak ngan siku pun ada jugak.
Selagi kamu tak klik LIKE selagi itulah pop up tu menonong kat situ.
Geram tak?

  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan