Minggu yang Menggila Sibuknya!

By Mizz Coki - April 28, 2012

Ola!
Nampaknya semakin sunyi blog ni.
Mengapa sepi tanpa entri?



Sedang berhempas pulas menyiapkan ready made crafts sebab kita akan bukak booth untuk kraf felt dan sekaligus online boutique XXXLicious! pada 1 Mei nanti sempena dengan LOVE COMMUNITY - A Bazaar for Young Entrepreneurs.
Sampai amik cuti khas till 2nd May dan aku rasa elok jugak sebab sekarang sangat tension kat ofis dengan lambakan minit mesyuarat  yang tak pernah surut.
Boleh gila dibuatnya.


 

Dalam pada itu, sempat jugak menyiapkan tempahan dari kawan-kawan.
Keychain 'WhatsApp' untuk Anith dan keychain heart shape untuk Vie.
Penat toksah cakaplah.
Target satu malam balik kerja siap satu hp pouch.
Tu pasal amik cuti mulai Jumaat, 27 April hehe...
Tempahan dibuka semula selepas 1 May nanti untuk memberi peluang menyiapkan few stuff.

Belum lagi dikira dengan butik online.
Hujung minggu memang untuk buat delivery baju-baju pada customer.
Bila tiba masa nak apdet blog, otak pulak jammed sebab letih yang terlampau.


Tudiah....
Poster sudah keluarga menjemput semua warga Kuching untuk turut sama memeriahkan bazaar ini kelak.
Tapi kat mana tempat tu?
OK,sila rujuk gambar... 




OK.
My booth will be under XXXLicious! name jadi kalau ternampak dua ekor gajah comel sedang duduk melangut, jangan malu-malu datang terus tegur, tak beli tak apa, hamba tak paksa.
Hahahhaa...

See you there Kuchingites!







  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan