Kemalangan Depan Mata!

By Mizz Coki - April 05, 2012



Bila tengok balik gambar ni kan, aku teringat masa kejadian ni berlaku bulan Mac lepas.

Motosikal ni kan, memotong dari kiri (tiba-tiba) dan memecut dengan lajunya.
Lepas tu dia terlanggar penanda (triangle sign) yang diletakkan di jalan, betul2 tepi lori yang rosak.
Bila dia terlanggar triangle tu dia hilang imbangan, terpelanting ke tepi lori, kemudian melambung sebelum terseret atas jalan raya!!
Aku dan adik bongsu aku memang betul-betul saksi kejadian sebab dia memotong semua kereta kemudian kereta kami adalah kereta terakhir yang dia potong sebelum membuat aksi akrobatik tak professional itu.
Nasib baik kami slow down lepas tu takde kereta belah lane kanan, jadi kami pun masuk lane kanan (nasib baik takde kereta jugak) sebab dia dah tertiarap tak bergerak.
Kaku.

Hubby berhenti terus kat tepi jalan dan kami bertiga cepat-cepat keluar dari kereta dan meluru ke arah lelaki tu.
Tak lah parah sangat cuma jari manis dia belah kiri dah berlipat patah!
Dalam kita kecoh-kecoh tu  kan, dia menggigil kesejukan.
Bukan sebab dia sejuk sebab malam tu dingin ke apa, tapi itu sejuk "shock chill".
Dia terkejut tu.

Cuma ada few things just nak share lah kat sini;

Dalam ramai-ramai 'penonton' kat situ kan, ada sorang mamat ni, nyaris lagi adik aku nak bagi pelempang kat dia. Sedap betul mulut dia kata, "A'AH, AVANZA DEPAN TU LANGGAR DIA NI.. TU, TUUU...." sambil tunjuk ke arah kereta kami.  Ciboz.
Masa derang amik henpon kan, semua suruh aku call mana-mana frequently called numbers so aku nampak satu nama.  Bila aku call number tu rupa-rupanya si anak.  Nak reveal kan yang bapak dia involved dalam eksiden dah satu hal.  Hal kedua anak dia dok Singapore walaweiii ingatkan kat rumah sini ahahha.. Anak dia menangis woo masa aku bagitau tu, aku pulak yang sebak.
Perkhidmatan ambulan macam s**L!  Memalukan aje rasanya aku jadi warga KKM.  Bayangkan hospital terdekat dengan tempat kejadian, kalau ditambah dengan rakyat prihatin memberikan ruang untuk laluan ambulan rasa-rasanya tak sampai 5 minit sampai kut.  Memalukan sungguh.  Ambulan 991 (Pertahanan Awam) yang sampai dulu.  Sekali lagi aku malu jadi warga KKM.  Bahalol.

Baru-baru ini dalam mesyuarat ada dimaklumkan mengenai pembahagian tugas dan kawasan bagi ambulan beroperasi.  Tu yang buat aku tetiba nak buat entri pasal eksiden ni.

Harap pakcik yang eksiden tu bertambah sihat hendaknya.

Terima kasih buat warga-warga yang sibuk mengawal lalulintas dan menelefon ambulan. 
Polis trafik dan ambulan hanya tiba setelah lebih 30 minit eksiden itu berlaku.

*sedih.... * 









  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan