Gempa Bumi di Acheh 11 April 2012

By Mizz Coki - April 11, 2012


Hari ni satu Malaysia cuti.
Daulat Tuanku!
Kita dah ada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang baru.

Macam biasa lah, tak sah kalau tak bangkit lambat.
Pukul 10:30 pagi OK?
Gara-gara last nite tido lambat la dalam 4 pagi gitu.

Kejadian Gempa Bumi 1

Kejadian Gempa Bumi 2
Kejadian Gempa Bumi 3


Bangun tido terus mandi dan sambung buat tempahan orang.
Lepas lunch keluar kejap hantar kain felt ada orang order.
Lepas tu pergi Kamdar beli kain untuk lapik meja masa bazaar kraf 1 Mei depan.
Murah gila, kain satin dia dalam tiga ringgit lebih gitu.
Sale kat Kamdar sampai ujung minggu ni.
Tadi ramai gila orang, sampai takde tempat parking.
Kita orang parking kat tepi jalan je.

Lepas tu pergi beli monitor baru.
Monitor pc lama dah rosak budak Gabby tu kerjakan.
Takpelah.
Dapat yang murah je, BenQ, 19 inci dalam RM299.
Hari memang panas giler.
Toksah cakap dah.
Entah berapa banyak kami dah minum hari ni.

Elok-elok je bukak FB kat Note tiba-tiba nampak banyak gila status updates pasal gempa bumi.
Biar betul?


8.7 skalaRichter tu memang kuat so orang-orang Kedah, Perlis, Penang, Perak memang terasa.
.... sampai KL pun terasa gegarannya.
My heart goes to Dave and Susan in Langkawi.
Takut jugak dengar perkataan tsunami ni.

Foto dahsyat tsunami 1

Foto dahsyat tsunami 2
Foto dahsyat tsunami 3


......... berapa banyak perkataan gila aku guna dalam entri kali ni?
Tetiba hahahahahahhaaa!


  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan