Berlagak Bila Tengok Wayang

By Mizz Coki - April 09, 2012

Sabtu lepas.
Saja nak menulis pasal sorang mamat ni.
Geram betul aku tau.
Tetiba geram apa celop?

Kisah nye kan, kita tiga beranak pergi menonton Wrath of the Titans.
Cerita mitos camni memang favorit kita orang.
Macam biasa, kita semua pergi ke Star Cineplex.
Kat sini best orang tak ramai macam kat MBO.
Apa yang best kat situ pun aku tak tau.
Dahla tiket bapak mahal.

Pendek cerita.
Kita orang masuk dan cari tempat duduk.
Masa nak duduk tu aku perasan this one particular guy asik-asik toleh belakang tengok kita orang.
Motif?
Dah siap-siap duduk lampu pun padam signal movie nak start lah kan.

Boleh pulak dia bingkas bangun... terus tukar seat!
Dia duduk kat belakang kita orang tapi kat tengah-tengah.
Sebab takde orang kiri kana.
Bajet konsentrit la tu.
Kenapa takde pontianak ke, jembalang berkepala kuda ke melentok duduk sebelah dia.
Kalau aku Harry Potter memang dah buat magic tu biar padan dengan muka dia.
Offended tau!

Movie belum start, for sure lah ko dok berchit chat, bukak keropok, mintak air dah nama pun satu family tak macam ko duduk sorang-sorang.
Baik-baik movie tu dah 5 minit start kan, tetiba datang segerombolan, eh, over gila punya perkataan, haha.
Satu family ada 4-5 orang, mak, ayah, anak kecik-kecik lagi.
Agak-agak yang kecik dalam dua tahun kut.
Duduk betul-betul satu baris dengan mamat perasan bagus tadi.

Yang ni lagilah dahsyat dengan anak-anak terjerit-jerit.
Time ni aku rasa nak bagi standing ovation sambil bagi double thumbs up siap dengan jelir lidah dan tunjuk middle finger lagi kat mamat ni.
Rasain elo, sampah!

Dah tau tak nak bising pergi beli DVD cetak rompak tengok sesorang kat rumah.
Padan muka.
Orang macam ni memang tak boleh hidup dalam masyarakat.
Kita orang semua enjoy gila dengan movie ni sampai takde nafsu nak tengok Hunger Games yang cerita dia dragging sampai dua jam tu.
Memang best!

Untuk orang-orang yang perangai sombong macam ni aku nak bagitau lah;




BOLEH BLAH LA LUU!!!



  • Share:

You Might Also Like

4 ulasan