Baru Anak Sorang!

By Mizz Coki - April 08, 2012



Kata orang, beranak sorang senang jaga.
Tak banyak songeh.
Belanja pun sikit.

Itu kata orang.

Tapi selepas aktiviti ibu dan anak hari Jumaat lepas buat aku berfikir balik akan kata-kata ini.
Yelah, anak sorang aje.
Pompuan pulak tu.
Tapi kalau dah perempuan tu tetaplah perempuan kan.
Nak-nak lagi kalau umur dah masuk awal remaja.
Gabby dah nak masuk 12 tahun November ni.
Dah jadi anak dara pon.

Hujung bulan kalau restock toiletries kena serba dua.
Pencuci muka, tuala wanita, syampu, Rexona, perfume, pelembap semua kena dua.
Satu untuk Mama, satu untuk Gabby.

Mainan pun kena tengok dulu kualiti.
Demanding sungguh budak ni.
Koleksi Barbie doll dia tak boleh 'Made in China'.
Dia akan check dulu!
Kalau made by Mattel baru dia bagi green light.
Dia punya belek kotak Barbie macam orang pilih cincin berlian!
Rasa nak siku pun ada jugak.

Jumaat lepas kiterang pergi salun.
Ingatkan nak sama-sama trim rambut.
Alih-alih dia tukar fikiran pulak.
Nak perm rambut.
Nak cuci sekali.
Nak trim sikit.
Aku punya cut and wash cuma dalam RM30++.
Total damage of the day:  RM140.
Pengsan.
Nasib baik tak buat digital perm.
Mau melalak aku kat situ.

Anyway, tak kisahlah.
Cuma kadang-kadang aku serba salah.
Sebab takut orang kata aku spoil kan anak.
Tapi dah dia satu-satunya Princess kami.
Redha jelah kan.

Time ni dia tengah melalak nyanyi lagu Madonna dalam bilik.
Happy lah tu.
Alahai anak.
Mak ko dulu pergi salun pun masa dah sekolah menengah.
Tu pun sekali sekala dapat pergi.
Tah tah setahun sekali.
Nenek ko yang kerat rambut mama tau tak.

Tapi papa bagi satu syarat.
Semua 'kemewahan' yang dia dapat termasuk belanja sekolah yang semakin berlipat-ganda harus ada imbalannya.
Tak susah nak 'bayar' balik.

Kita tengok penangan nya bulan September nanti.
Selamat menghadapi UPSR.
Kannn?
Tak semua benda dalam dunia ni boleh dapat FREE.

Hehehee..
ehek ehek ehek.






  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan