Sushi Time @ Food Bazaar, The Spring

By Mizz Coki - Mac 18, 2012

Seperti dijanjikan, dah sembuh sepenuhnya dari demam, last week kiterang 3 beranak pergilah konon-konon late celebrations for our 12th wedding anniversary.
Kali ni takde western-wester-nan jadi kita telah memilih untuk menjadi Jepun celup!
Sanga Sushi terpaksa di-cancel kerana Jalan Padungan tutup sepenuhnya untuk perarakan apetah aku pun tak tau haahhahaa...
Memang tak boleh blah tempat tu, dengan sesaknya lagi, dengan manusia nya lagi.
Untuk tidak mengecewakan dan menangguh lagi, kami pun pergi lah ke The Spring.
Sorry, aku tak reti nak panggil tempat tu 'Spring' as how others panggil.
Sebab dah tertulis sejak azali lagi tempat tu The Spring, so The Spring I will call it.

Mesti korang dah fikir Sushi King.
Sushi King is a No No.
Tempat itu adalah sentiasa sesak apa yang special nya aku pun tak tau.
Jadi kita pun melangkah menuju ke Food Bazaar.
Sila jamu mata anda.

Takoyaki (bebola sotong) dan Ebi Tempura (Tempura Udang). 

Chicken Katsu Bento untuk Gabby. 

Mixed Maki Set.
Siap order Salmon lagi.

Bil tak payah tanyalah, 3 org gajah makan harus tidak kurang dari RM90 tapi takpe.
Paymaster kali ini tidak berpeluh-peluh untuk membayar hahahaha (thanks hubby!)

Tak terasa dah 12 tahun kami jadi suami isteri tapi terasa macam baru 2-3 tahun je ecececeh..
Inilah bahananya kalau kahwin tahun lompat.
4 tahun sekali tau.
So next anniversary will be tahun 2016.
Tahun-tahun biasa it's either 28 Feb atau 1 Mac kiterang kuar din din bila balik kerja.
So tahun ni special sikit.

Ada yang special lagi....


Hadiah anniversary.
Yayyyyy!!!!

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan