Penyakit PhD yang Kronik! (Penyakit Orang Orang Kita)

By Mizz Coki - Mac 26, 2012

Tergerak hati untuk menulis entri ini sebab kebetulan sekarang saya tengah sakan dan ligat membuat online biz sampai kepenatan sangat!
Penat bukan apa, sebab seronok sampai tak ingat kapasiti badan yang terasa muda remaja walhal dah masuk 30-an, slow sikit cik kak.. Haha.

Cerita ni bukan berkisar pasal saya tapi sahabat baik saya yang saya anggap macam sedara sendiri.
Dia ni baik hati orangnya, maka saya tak hairan kalau ada yang dengki.
Kita panggil dia Cik A sajalah.

Cik A ni kan, buat online biz macam saya tapi buat benda lain.
Saya tak nak bagitau lah sebab blog ni automatic published kat Facebook takut-takut nanti pesaing dia ni meroyan takpun bertukar menjadi serigala betina jadian.
Kita panggil dia Cik B.
Yang menyedihkan saya, Cik A dan Cik B ni adalah sepupu sepapat sama datuk/nenek.

Cik A ni pernah mengajar Cik B cara-cara nak buat produk perniagaan dia ni.
Jadi Cik A seronoklah sebab dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan sepupu dia ni.
Nak tau apa jadi lepas tu?

Cik B yang sombong dan bongkak ni tetapi bodoh sebab tidak meng-Privatekan Facebook nya sampai boleh dibaca oleh orang-orang lain seperti kami.
Sudah tentu Cik A pun boleh baca kan?

Cik B ni pun mulalah mempamerkan skill nya dalam menghasilkan produk ni dan dipuja puji oleh rakan-rakan FB nya entah ikhlas entahkan tidak kerana Cik B ni memang terkenal dengan mulut jahat nya.
Masa mula-mula tu, kawan-kawan FB Cik B-ongkak ni tak ramai sangat.
Kamu tau apa yang dia bagitau kawan-kawan FB dia?

"Alah, I buat ni pun hanya untuk try test, suka-suka je. tak macam ada orang tu buat bisnes ni untuk mencari duit lebih" .  Almaklumlah Cik B ni kan orang berada sikit.

Cik A ternampak statement bongkak sepupu dia ni terus bukak dan godek FB account kawan-kawan Cik B namun tak seorang pun yang buat bisnes online.
Cik A dah dapat hidu dah yang dialah orang yang dimaksudkan.
Tak cukup dengan itu, semua pelanggan Cik A..... Cik B kebas!
Kebas = dia pergi add as friends semua pelanggan Cik A.
Pelanggan Cik A sendiri pergi tanya samada dia kenal dengan Cik B sebab bila orang Add kita jadi Friend kita boleh tengok mutual friend derang bukan?
Sejak hari itu, Cik A pergi 'hide' kan semua senarai Friends dia kat FB dari penglihatan si bongkak tua itu.

Baru-baru ini.....
Tergerak jemari ini nak menggodek FB si Bongkak tua kutok itu.
Yes!
Kamu tau apa yang saya nampak?
Dia dah bukak order bukan main lagi, siap bukak online biz lain.
Lepas tu boleh pulak dia cakap very the sweet talk bagitau, oh I buat benda ni dengan penuh kasih sayang.
Kasih sayang taik ayam kamu.

Rasa nak suruh dia baring dan hempap dia dengan punggung saya kemudian kentut berkali-kali atas muka dia.
Geram sungguh!

So now you tell me, kalau duit baaaanyak sangat, kenapa buat offer kaw-kaw dan menyeru-nyeru semua kawan-kawan untuk beli dari dia?????

Dasarrrrrrr!!!




  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan