Makanan Specialty Sarawak! Mesti Cuba...

By Mizz Coki - Mac 19, 2012

Halo halo halo....
Pakabar kitak urang semua?
(Translasi:  Apa kabar korang semua?)
Tudia dah mai dengan banyak lagi foto makanan.
Dah hobi nyah, nak buat cemana ye dak?
Layan jelah.

OK.
Kali ini nak promo makanan lagi ni.
Makanan apa?
Haaaa, ni lah nak habaq kat hangpa semua kalau hangpai mai Sarawak khususnya Kuching jangan lupa try dua jenis makanan ni selain dari umai dan Laksa Sarawak.
Ni memang favorite cheq tau.
Yang pertama adalah;

Mee Jawa Special.
Kalau special tu maksudnya kamu akan dapat extra sate barang dua tiga cucuk.
Pastu kuah sate akan diceduk sikit letak atas mi.
Memang sedap.
Mee Jawa ni baru dua tiga hari lepas melantak kat Rajah Cafe, Pending.
Lokasi kedai makan adalah berhadapan dengan Puspakom.
Orang-orang Kuching mesti tau.

Kalau cari laksa antara tempat orang suka pergi haruslah ke Madam Tang's Cafe.
Dia dah ada 3 cawangan, yang first kat Petanak, kedua kat The Spring dan terbaru dekat area Bishopgate dan dikenali sebagai Madam Tang's @ Chinatown.
Jangan bimbang Madam Tang ni halal OK?
Hubby macam biasa memang akan membedal laksa kalau datang sini.
Tapi biasalah, who is Mizz Coki tanpa Kolok Mi nya.....

Tadaaaa!!
Mi Kolok Sapi Special.
Memang sedap.
Rasa mi nya memang ngam ngam.
Dengan sup daging yang perggghhh..
Daging sekali dengan babat (perut lembu) dan apetah yang gelenyor tu tendon ke?
Rasa nak tambah mangkuk kedua tetapi aku sedar diri dan insaf hahahaha....

Kannn?
Mesti ada yang kecur lior.
Takpe.
Tiket ke Kuching murah je pertengahan Jun
so apa lagi, bukakla website AirAsia sekarang hahahahah...

p/s:  aku akan membedal meatballs Ikea, tunggguuuuu September nanti.  Tiket murah weh! KL, here I come again.






  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan