Edisi Seram : Suara Mendayu-Dayu Menyanyi

By Mizz Coki - Mac 29, 2012

Salam 1Malaysia.....

Cik Vero dah menagih cerita seram ni aku kan dari tadi tak mandi-mandi lagi, tak siap2 lagi dengan kerja.
Penat lah terkejar-kejar ngan masa.
OK, pendek cerita lah.....

Kisah ni kan, jadi malam Sabtu lepas.... 23hb Mac.
Macam biasa, malam minggu aku memang tak sah kalau tak tidur pukul 4 pagi.
Bilik tidur kiterang menghadap belakang rumah jadi biasalah bunyi kucing bergadoh, bunyi anjing menyalak... semua tu dah biasa dah.

Serius, malam tu aku tak mengantuk, segar bugar mata dan aku amik peluang keemasan itu untuk meng-update gambar2 kat Facebook untuk online biz aku.
Sesambil tu ditemani dengan bunyi dengkuran cik abang dan sekali sekala sempat jugak menjengah Facebook untuk melihat mana kawan2 yang belum tidur, aku usik haha.

Tengah siok meng-Edit gambar tetiba aku dengar bunyi .......
Panjang je bunyinya...
Aaarrhhhhh.. janganlah kucing2 kat belakang tu gang fight lagi.
Kang terbangun anak buah aku yang menumpang bermalam kat rumah derang sebab dia tidur dengan in-laws aku kat bawah.
tapi bhaiii.. kalau kucing bergaduh selalunya bising.... lepas tu mesti Marcella (anjing kiterang) kat belakang rumah meraung2 menyalak.

Bunyinya macam orang tengah 'humming' pepandai lah carik makna humming tu.
Panjang tapi merdu sungguh!
Sumpah!
Mulut celupar aku kan, terus kata, "eeeeeiiiiiii menyanyi pulak dah dia dinihari camni..."
Sayup-sayup kedengaran di telinga dan begitu menarik perhatian aku.
Waktu ni aku tengok jam laptop:  2:42 pagi.
Terus masuk Facebook dan update status; hahahahah sempat lagi bagitau dunia yang aku tengah dengar 'konsert' live lol.
Jari terus berhenti meng-Edit.
Aku pergi tingkap cuba tengok kat luar tapi takde apa-apa....
Tapi time tu takde rasa seram sangat cuma suara humming tu sangat merdu.
Halus,lembut macam suara gadis sunti gitu.

Agak2 la dalam 2 minit camtu aku terpaku depan laptop.
Lepas tu sambung kerja balik.
Pukul 4 pagi terus tido.
Pagi besoknya aku cita kat mertua dan adik ipar aku bukannya nak dengar kena marah adalah sebab derang takut haaahahah..

Korang agak2 sapa eh yang menyanyi tu?
Agaknya akak kat bawah ni kut?

......................


...........


.......


.....


...


Haii nama saya Sahara Yaacob.

HAHAHAHAAHHA!!!!



P/S:  Seram tak cerita saya???? +___+







  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan