Edisi Seram : Lawa Baju Akak!

By Mizz Coki - Mac 01, 2012



Hari Jumaat memang hari yang dinantikan.  Ratna seperti biasa membuat kerjanya sambil tersenyum simpul mengenangkan hari Sabtu.  Hari dating.  Fikirnya.  Nak buat apa esok?  Siapkan kerja dulu, baru fikir pasal boyfriend.  Gerutu Ratna dalam hati.  Tepat pukul 12 tengah hari.  Ah, dah waktu lunch.  Eloklah melegakan diri terlebih dahulu.  Ratna bangkit dan terus menuju ke tandas. 

“Kak Tini…. Tergesa-gesa Nampak?” kata Ratna.
Kak Tini, salah seorang kerani di tempat Ratna bekerja tidak menyahut sapaannya.  Hairan juga Ratna kerana setahunya Kak Tini memang seorang yang kuat berceloteh.  Belum lagi dengar beliau gelak, memang bergegarlah satu pejabat dan riuh-rendah dibuatnya.  Agaknya suara Ratna terlalu kecil untuk didengar.  Ratna meneruskan hajatnya kemudian terus keluar mencari Nasi Ayam kegemarannya. 

Tepat jam 2 petang, Ratna kembali ke pejabat.  Kak Tini sudah berada di meja. 

“Eh… kakak, amboi bukan main lagi balik rumah waktu lunch ye? Siap tukar baju lagi… lawa la kak..”  Kata Ratna.

“Eh, bila masa lak aku tukar baju Na?  Aku dari pagi tadi pakai baju ni, siap bau masam dah ni.  Tadi pagi kan aku tak masuk sebab kereta aku pancit.  Takde orang bagitau kau ke Na?”

“Akak biar betul kak…. Saya tegur akak masa on the way pergi tandas waktu lunch tadi.  Akak diam aje.  Saya ingatkan akak tak dengar saya tanya…”  Ratna sudah mulai resah dalam kebingungan.

“Engkau jangan nak buat lawak la Na, aku takde mood ni tau. Dahlah tengah bulan, kereta pulak meragam.”

“Sumpah kak Tini, tadi saya tegur akak saya nampak akak pakai baju merah menyala.  Pasal tulah saya ingatkan akak balik rumah terus tukar baju kurung hijau ni haaaaaa..”

Suasana makin tegang.

Staf lain sudah mula memandang kedua-dua wanita yang mula berperang mulut itu.  Ah sudah.  Ini pasti ada benda lain.  Tiba-tiba, Hazri mencelah perbualan mereka.

“Korang janganlah nak bergaduh pulak OK?”

“Bila masa lak bergaduh?” Cetus Ratna.

“Ratna, dah banyak kali dah hal ni berlaku.  Kau kan budak baru, belum tahu lagi sejarah pejabat kita ni.”

“Tapak pejabat kita ni sebenarnya adalah bekas jirat Cina.  Pejabat ni saja dah sama umur dengan atuk kau tau tak?”  tambah Hazri.

Ratna sudah mula cuak.

Dia menggetap bibir sambil memandang teman sepejabat yang lain.

“Kau nampak Kak Tini pakai baju merah kan?  Betul tak? Itu bukan Kak Tini lah Na oiiii… Itu ‘benda’ yang imitate Kak Tini.  Kau dah jumpa benda lain ni..”

Petang tu sebelum pukul 5 petang Ratna sudah menutup komputernya.  Dia tidak mahu menjadi pekerja yang terakhir meninggalkan pejabat sejak hari itu.

Cerita diolah semula sesedap rasa berdasarkan cerita sebenar - Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan