Edisi Seram : Gangguan di Kampus

By Mizz Coki - Mac 08, 2012

Nah.
Hari ni letih yaamat.
Tetiba lupa dengan edisi seram yang aku janji nak buat setiap malam Jumaat.
OK.
Hari ni takde citer best tapi cuma nak kongsi kisah pasal adik aku yang dok kat UiTM tu haaaaa...

Aku dulu 2 tahun dok kat UiTM tu tak penah kena kacau lagi tapi kan, kawan-kawan yang kena memang ramai.
Tanpa membuang masa lagi aku nak mulakan kisah ni;

MELAYANG |  Adik aku kan pada satu malam melepak kat bilik macam biasa.  Masa duduk-duduk kan, tiba-tiba ada benda melayang melintasi dia adoiiiii.... ni lah gangguan mula-mula yang buat dia cuak.  OK fine.  Masa ni study break adik aku rasa baik dok rumah aje.  Petang few days ago, dia ajak mak dan adik pompuan aku angkut barang-barang dia balik rumah.  Kalau dah sekali kena ganggu for sure akan ada kali kedua dan ketiga.
MENIARAP |  Budak-budak memang pantang jumpa kamera.  Nak-nak sekarang semua dah mampu memiliki henpon yang ada kamera.  Pada satu malam geng-geng derang ni bergambar beramai-ramai kat katil.  Bila gambar tu di upload ke laptop, boleh pulak dalam gambar tu ada makhluk tengah meniarap bawah katil.  Adoi.  Enterframe la sangat.  One of the kids terus kena demam panas lepas tengok gambar tu.
MENANGIS |  Ini kisah masa derang tengah kuliah malam. Tengah lecturer (perempuan) bagi lecture kat depan boleh dengar suara perempuan sayup-sayup menangis.  Terkedu satu kelas sekejap.  Habis lecture, semua balik beramai-ramai sebab takut punya pasal.  Suara perempuan manalah pulak yang menangis tu kan?  
NASI LEMAK | Salah seorang dari kawan adik aku ni memang pencinta Nasi Lemak.  Memang tiap-tiap malam la dia akan beli nasi lemak tapi malam tu agaknya dia dah kenyang ke apa so dia tak beli Nasi Lemak cam biasa.  Masa tengah belajar ada makcik tua baik punya ketuk, pergi ketuk cermin tingkap bilik dia.  "Nak beli nasi lemak dik?"  Tanya makcik tu.  Budak tu cakap tak nak beli dan kemudian sambung belajar balik.  Lepas beberapa ketika dia pun berkata kepada diri sendiri.  Cemana makcik tu boleh ketuk cermin tingkap sedangkan bilik derang kat tingkat 3?
Sorrylah kalau cita aku seram ala kadar je.
Tapi adik aku memang tak boleh dok kat bilik sorang-sorang.
Nak-nak time ni semua member bersepah ke sana ke mari membawa haluan masing-masing untuk mentelaah.
Minggu depan derang dah final exam.

So, hope kamu semua dah enjoy dengar cerita seram yang tak berapa nak seram ni.

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan