Edisi Seram : Ada Apa Bawah Katil?

By Mizz Coki - Mac 22, 2012

Salam 1Malaysia?
Haah, haruslah kali ni apdet Edisi Seram nanti BFF aku si Amoy tu mengamuk kat FB asik tanya bila nak apdet geng?
Ha, inilah dia...
Saja nak tunjuk gambar.
Ingat tak entri pasal kejadian seram kat kampus UiTM S'wak tempat adik aku belajar tu?
Klik sini kalau belum baca lagi.
Kome baca cerita nombor dua tu.

Last week aku berhasil mendapatkan gambar ni dari adik aku.
Ini kejadian baru-baru ini dan gambar ini fresh dari handphone tuan punya badan sendiri.
Mamat yang duduk atas katil ini aku cover kan wajah jambu dia sebab dia inilah yang demam lepas tengok gambar ni.

Dah ready kamu semua?



Ini foto asal.
Gelap gulita tiada ceria bilik asrama pun tidak ceria patut setan suka berkelana.


Aku gunakan Photoscape untuk menerangkan lagi gambar ni.
kasi brightness sikit, background light sikit.. 
Dah nampak kan?
Nampak takkkkkkk????



Smile... khhhhffffsss... khhhffssss....(bunyi nafas haha!)

Ler.. ada muka something kat situ.
Bukan orang meniarap seperti yang aku ceritakan.
Inilah bahana dengar cita dari pihak ketiga.
Mak aku ni pepandai je.. penat aku kutip gosip lepas tu buat entri ni.

Terpulanglah kalau kamu nak percaya ke tidak.
Aku tak seram pun nengok gambo ni, bukan aku riak.
Tapi aku yakin dan pasti kalau bilik kamu berterabur bersepah, jangankan Jin, semua pelesit, setan, jembalang berebut-rebut nak berkongsi bilik dengan kamu.

Tu je entri kali ni.
Harap kome sume suke hendaknya.



  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan