Catatan Hujung Minggu

By Mizz Coki - Mac 03, 2012

Holaa!
Masih lagi dalam mode demam.
Memang tak boleh blahlah since demam semua kerja terbengkalai.
Kat ofis, kerja melonggok atas meja, tak larat haku nak buat.
Kat rumah, kerja kraf pun melonggok sama.
Kesian customer.
Agaknya aku rasa fed up kut.
Tunggu payment masuk, minggu depan.
Mesin Big Shot Sizzix pun agak-agak sampai minggu depan itu pun kalau Kastam dah buat clearance on Monday.
Dah masuk minggu kedua Mac.
Aku perlu update butik Plus Size aku, kedai kraf aku, semua terbengkalai.
Agaknya sebab aku stress sangat tu yang jadi sakit kut.
Pengajaran kepada semua, kalau tahap keimanan kamu senipis kulit bawang, jangan nak menggatal buat pre-order kat orang.
Aku dah buat payment bulan November tahun lepas OK?
Sampai ke hari ni mesin Big Shot aku belum sampai ke rumah.
Ingatkan bila buat pre-order ni kena tunggu sebulan macam tu dan dapat harga 50% lebih murah dari harga di Malaysia.
Kalau aku tau punyalah lama aku kena menunggu aku sanggup kuarkan duit RM600 untuk beli yang dari Malaysia punya.
Mahal pun mahallah.
Hati pun tak sakit.
Crafters mesti tau apa menatang big shot ni.
Yang tak tau tu meh sini, aku kasi gambar sikit.


Kegunaan mesin ni adalah untuk memotong kertas, felt dan lain-lain.
Crafters yang buat kad ucapan yang banyak menggunakan mesin ni sebab potongan dia cantik dan sekali kamu gelek 'die' dia boleh potong banyak-banyak tau jadi jimat masa menggunting.
Ingatkan lepas ni boleh potong felt banyak-banyak untuk order keychain.


Eh, tadi kata masih demam.
Tapi entri tetaplah panjang sehasta!











  • Share:

You Might Also Like

6 ulasan