Burger Gergasi di Railway Cottage Cafe

By Mizz Coki - Mac 12, 2012

Hujung minggu adalah untuk melepas rindu dendam pada makanan.
Isnin sampai Jumaat kena dok diam-diam, mulut tak boleh gatal.
Rahsia jaga badan ni.
Jaga supaya tak kurus-kurus, boleh?
Haha.

Last Saturday hubby tak kerja sebab dah janji nak temankan aku carik meja untuk 'kedai' online kami.
Yang tu nanti ceritalah.
Lepas penat pusing-pusing, dengan kehausan, dengan lapar nya lagi, kami pun singgah kat Railway Cottage Cafe, Jalan Keretapi.
Sesak juga time tu sebab dah lunch hour tapi sebab hubby merokok so kiterang dudukla kat luar.
Takde mood nak makan nasik kiterang order, KING CHICKEN BURGER.
Set nya didatangkan bersama kentang goreng (fries).



Dalam pinggan nampak tak berapa besar.
Gambar seterusnya pasti buat kamu tak percaya.


Ngarrrgggggggghhhhhh!!
See?
Gedabak besar nya kan?
Makanan King Kong tu.



The aftermath.
Inilah pinggan aku 20 minit selepas itu.
Tak larat aku nak habiskan membazir sungguh.
Cara kiterang makan burger tu adalah dengan memotongnya kepada 4 bahagian.
1 bahagian tu kan, kamu percaya tak sebesar beef burger yang tepi jalan tu?
Azab nak menelan sebijik burger kingkong tu bersamaan dengan makan 4 ketul beef burger sekaligus.
Haha.

Oits.
Mesti makan sayur tau hubby kata.
So apa lagi, kat meja mesti ada Caesar Salad.


Yang ni sumpah dik, sedap sungguh.
Kami berdua kongsi sepinggan dan licin!
Very simply garnished tapi dia tak letak 'croutons' macam biasa.
Dia gantikan dengan garlic bread slices.
Roti putih biasa tu tapi sumpah memang sedap.

Lain kali aku nak pergi sini lagi, kali ni aku nak try seafood platter yang yang sangat menggoda itu.
Ciao!

  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan