Yoga Bayi : Ini Kerja Gila!

By Mizz Coki - Februari 28, 2012

Berita dipetik dari MyHubNews.Com

Kerja Gila!


Yoga Bayi: Aksi Kejam Terhadap Bayi, Menakutkan?



Cuba pembaca bayangkan seorang bayi yang baru berusia dua minggu, yang masih lembut tubuhnya dihayun ke kiri dan kanan oleh seorang dewasa mengelilingi kepala serta diperlakukan seolah-olah seperti peralatan senaman harian.
Menakutkan?
Begitulah ‘Yoga Bayi’ yang dipraktikkan oleh seorang pakar terapi dari Rusia, Lena Fokina, 51, terhadap seorang bayi yang menjadi ‘mangsa’nya dan aksi-aksi ‘akrobatik’ tersebut jelas membimbangkan ramai pihak, khususnya para ibubapa.
Menurut Lena, terapi itu asalnya diamalkan oleh puak-puak Afrika purba yang kemudiaannya dipermodenkan oleh seorang pakar, Dr. Igor Charkovsky, dan dilakukan terhadap bayi yang berusia beberapa minggu hingga umurnya mencecah dua tahun.
Wanita Rusia itu juga menjelaskan bahawa teknik itu sangat membantu tumbesaran bayi dan menegaskan bahawa tindakannya itu tidak salah dari sudut kemanusiaan sama sekali.
“Kaedah ini pada asalnya dibangunkan untuk menyembuh dan membetulkan kesihatan bayi yang mempunyai masalah otot atau tulang, namun ia juga sesuai untuk kanak-kanak yang sihat.
“Pergerakan ini direka untuk meningkatkan keupayaan otot dan pembangunan mereka.
“Dan sebenarnya bayi mampu membaca, menyanyi, bercakap, berenang sejak dilahirkan. Ia (yoga bayi) juga membuat tangan mereka yang lebih kukuh. Kami berperi kemanusiaan dan tidak berbuat apa-apa kesalahan pun,” katanya yang dipetik dari laman Dailymail.uk.com.  [Baca selanjutnya]
Sila tonton video ini.
Adoi.
Kesian sungguh bayi-bayi yang masih lembik di Yoga kan macam tu.
Impak dia mesti macam naik roller-coaster.
Kita yang dewasa ni belum tentu berani naik roller-coaster.
Badigol sungguh.
Bila tengok video tu terasa nak buat nak gantungkan pompuan gila ni.

Taubat aku tau!


  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan