Selamat Tinggal Latif Ibrahim, Hilang Lagi Sebutir Bintang....

By Mizz Coki - Februari 20, 2012


Aku bukak blog Budiey sebentar tadi.
Terkejut tengok berita mengatakan bahawa Latif Ibrahim meninggal dunia di IJN.
Takziah untuk keluarga beliau.

Sedutan dari blog Budiey:

Sejurus Budiey pulang dari Sidang Media Pelancaran Program MANIA anjuran Astro, Budiey dikejutkan dengan berita kematian penyanyi era 70an, Latif Ibrahim (62 tahun) meninggal dunia hari ini (20 Februari 2011) pukul 6.05 petang di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.  Berita sedih itu disahkan oleh adik Allahyarham iaitu Datuk Khatijah Ibrahim. Beliau menghembuskan nafas terakhir di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak.

Aku memang minat giler dengan filem-filem arwah masa aku kecik-kecik dulu.
Especially kalau dia berganding dengan Sharifah Aini.
Sekarang beliau dah takde.
Tinggallah lagu-lagu dan filem-filem lakonan beliau menjadi kenangan.............

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan