Selamat Tinggal Diva! -- Whitney Houston Dalam Kenangan

By Mizz Coki - Februari 12, 2012


LOS ANGELES – Penyanyi diva terkenal, Whitney Houston dilaporkan meninggal dunia seorang diri ketika ditemui salah seorang rakan terdekatnya di tingkat empat kamar hotel, Beverly Hilton, pada jam 3.55 petang (waktu tempatan) semalam.
Menurut sumber, rakan Whitney kemudiannya menghubungi paramedik 911 yang bergegas datang ke hotel berkenaan dan berusaha memulihkan beliau melalui kaedah CPR namun cubaan tersebut gagal.
Paramedik 911 kemudiannya mengesahkan kematian penyanyi yang bersuara emas tersebut.
Pegawai koroner, Ed Winter, yang menyiasat kematian Whitney memberitahu bahawa terlalu awal untuk mengenal pasti punca-punca kematian penyanyi wanita berkulit hitam itu.
“Belum pasti, masih diperingkat awal penyiasatan dan terlalu awal untuk memberitahu punca kematiannya,” katanya yang dipetik dari TMZ.com.  Berita selanjutnya DI SINI.

Persembahan terakhir beliau pada malam Khamis lepas.

Sapa tak terkejut, gosok mata bangun pagi bukak Facebook tiba-tiba nampak member dah post -- R.I.P Whitney Houston.
Biar betik??
Bukak Google dan SAH.
Whitney pergi meninggalkan kita semua semalam.
Semua sudah maklum akan usaha beliau struggling dengan ketagihan dadah yang kronik bertahun-tahun lamanya.
At least now she's at a better place, resting forever.

Bobbi Kristina Brown - anak tunggal Whitney (Seiras betul ngan bapak dia!)

Bobby Brown -bekas suami Whitney


Membesar dengan lagu-lagu Whitney Houston membuat aku jadi makin sebak bila bukak je Lite.FM derang buat tribute untuk mengenang beliau.
Sesedih aku dengan pemergian Michael Jackson tapi tak boleh lawan dengan pemergian Whitney Houston.
Kalau zaman remaja dulu memang terpekik terlolong la kat rumah tiap weekend menyanyi lagu-lagu hits beliau, antara kesukaan aku ialah:



..... dan banyak lagi.
Sure lepas ni jutaan download mp3 beliau kat internet macam masa Michael Jackson meninggal haritu.
Dah tak tau nak taip apa lagi dah.
Beliau sudah tiada.
Tapi legasi beliau tetap akan diteruskan sebab lagu-lagu beliau memang majoritinya bertaraf evergreen.

Whitney my prayers and love go out to you, beautiful soul.  May you rest in peace but your contribution towards the industry will always be remembered.  Amen.
Selamat tinggal Diva ku.
Dan hati kecil ini terus menangis................


  • Share:

You Might Also Like

4 ulasan