Sehari yang Menggila!

By Mizz Coki - Februari 23, 2012

Kerja tanpa stress bukan kerja namanya.
Kenapa stress?
Banyak sebab tau.
Tapi kalau di tempat aku, bila kerja tak siap-siap lagi.
Lepas tu masa kau busy dengan lambakan kerja orang/visitors masuk dan duduk depan kau sambil pot pet pot pet.
Rasa nak buang je kerusi keluar.
Biar takde orang duduk.
Biar takde pengacau.
Tak baik ish ish ish...
Tak boleh buat camtu.

Rumusan aktiviti harian aku:

  • Sampai kat ofis, terus mekap.
  • Buka diari boss/ briefing boss pasal appointments/ amik surat dari tray bawak keluar dan sort
  • Distribute surat-surat ke pigeon hole dan pejabat Admin
  • Buat kopi dan makan biskut.
  • Buat minit mesyuarat.
  • Stress, stop kejap. Carik ilham.
  • Bukak Facebook, main Sims Social.
  • Buat kerja lagi sampai lunch time.
  • Lunch time/ Facebook/ update blog untuk entri petang
  • Sambung kerja sampai pukul lima petang.
  • Sambil tunggu hubby datang, on Facebook dan main Sims Social lagi.


Tak penat ke mata depan PC?
Hehehe....
Aku dah biasa dah.
Kalau takde kerja nak buat kan....
Aku suka amik cermin muka yang memang slalu standby atas meja terus tangkap gambar sepam dua.
Haha.
Sepam dua katanya............


Matilah kalau boss nampak.
Mau terus disumbatnya daku ke dalam wad akut.
Haha.

Aku tak kisah ada banyak kerja.
Yang penting rasa tercabar menghadapi cabaran.
Semua benda dianggap cabaran.
Termasuk makan.
Hoho.


Nah.
Takde serupa meja PA kepada Pengarah Hospital kan?
Macam kedai kraf je kaedahnya.
Miahaahhaa....

I HEART MY JOB, PEOPLE!

Do you?

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan