Panduan memilih minyak wangi

By Mizz Coki - Februari 10, 2012


Artikel dipetik dari:  HARIAN METRO 


Baik lelaki mahupun wanita, masalah yang sering dihadapi mereka ialah kesukaran memilih minyak wangi sesuai disebabkan kemunculan pelbagai jenis aroma di pasaran dalam perisa berbeza.
Ini ditambah pula bentuk botol yang menawan sehingga menyebabkan pelanggan terkeliru mengenai wangian yang sesuai dengan personaliti dan bau badan mereka.
Terdapat beberapa garis panduan dalam memilih minyak wangi antaranya:


Kulit

Setiap minyak wangi akan mencetuskan aroma berbeza apabila terkena kulit. Oleh itu, pastikan kita mencuba dulu dengan membuat semburan pada kulit dan bukannya baju bagi memastikan aroma yang sesuai dengan tubuh. Jangan hanya membeli disebabkan terpengaruh dengan jenama sebelum benar-benar yakin wangian itu sesuai dengan diri kita.


Bau

Pastikan kita memilih minyak wangi beraroma segar yang mempunyai bau mengesankan. Ketika membeli, pastikan kita meminta pandangan rakan (sebaik-baik�nya wanita) mengenai minyak wangi sesuai. Biasanya rakan akan memberikan pandangan berbeza mengenai apa yang sesuai dengan personaliti diri kita.


Bahan dan perisa

Minyak wangi boleh dipilih berdasarkan bahan serta perisa digunakan. Misalnya, minyak wangi berperisa kayu, buah-buahan, bunga-�bungaan, lautan, sayur-sayuran dan wangian Timur. Biasanya, setiap wangian mempunyai pengkelasan berbeza sama ada sesuai untuk lelaki atau wanita. Bagaimanapun, pilih haruman yang sesuai dengan personaliti dan gaya hidup kita.


Iklim dan musim

Memilih minyak wangi juga harus mengambil kira iklim dan musim. Minyak wangi yang baik untuk musim sejuk tidak semestinya baik untuk musim panas. Oleh itu, amat penting memilih minyak wangi sesuai bukan saja pada kulit tapi iklim dan musim.

Selain itu, pilih haruman mengikut masa serta perayaan yang akan diraikan.
Sebagai contoh, ada minyak wangi sesuai ketika menghadiri majlis hari jadi tetapi tidak sesuai dibawa ke bilik mesyuarat.

Bagi mengekalkan ketahanan aroma wangian yang dipakai, terdapat beberapa teknik yang boleh diamalkan. Sebaiknya letakkan minyak wangi pada nadi, pergelangan tangan, siku dan belakang telinga.

Menyembur minyak wangi pada belahan coli juga dikatakan mampu menyimpan aroma dan dilepaskan secara berterusan untuk kekal lebih lama.


Wangian untuk pasangan


  • Untuk pasangan romantik

    Biasanya setiap ulang tahun kelahiran atau pertemuan akan menjadi detik terindah pasangan. Haruman yang sesuai pastinya mempunyai aroma yang kuat bagi membangkitkan emosi cinta dan sayang terhadap pasangan.

    Untuk lelaki, pilihan jenis kayu yang agak keras manakala wanita lebih kepada bunga-bungaan lembut membelai jiwa.
  • Santai di rumah

    Kebiasaannya pasangan ini gemar bersantai dengan �menonton televisyen di rumah.
    Bagi mereka, rumah adalah syurga dan kurang �selesa dalam keadaan bersesak di pusat beli-belah atau restoran mewah, namun masih mahu meraikan hari bahagia dengan tenang di rumah.

    Wangian yang sesuai adalah bersifat hangat untuk lelaki manakala wanita sesuai dengan aroma buah-buahan dan sedikit bunga-bungaan bagi menstabilkan paduan wangian antara pasangan.
  • Pasangan berhibur

    Bagi mereka yang aktif dan gemar berhibur, wangian sesuai bersifat bunga-bungaan Oriental yang lembut tetapi bersifat agak keras.
  • Pasangan sukan

    Bagi pasangan yang gemar bersukan dan melakukan aktiviti lasak, aroma segar seperti bau lautan atau bunga-bungaan menjadi �pilihan bagi memberikan tenaga serta rasa selesa selepas melakukan aktiviti lasak.  


  • Tudiaaaa....
    So? 
    Apa perfume kesukaan korang?
    Aku ni jenis suka bau fruity, fresh, minty.... bau lautan (Oceanus).
    Hubby pulak suka bau woodsy (kayu-kayuan)... macho gitu.
    Kalau yang bau bunga tu macam tak sesuai dengan personaliti aku.


    Aku jenis nakal, ligat, spontan, sewel, tak bersopan-santun, kasar, etc etc.
    Mana sesuwai kan?


    Tapi, bargain kena pandai dik.
    Aku suka beli perfume yang harga nya murah tapi bau nya mahal.
    Macam mana tu?


    Sekarang suka pergi ke Facelook sebab banyak pilihan perfume dari France yang affordable.
    Di bawah RM50 ok?
    Lagipun beli mahal-mahal nanti cepat bosan.
    So bila beli murah ni selain dari jimat kita dapat bertukar-tukar perfume selang hari.
    Paling mahal aku beli sekarang pun brand Body Shop.
    Serius!
    Tapi brand murah yang aku suka gila sekarang adalah Hip Hop dari Silky Girl.
    Bau dia ala2 bau Gucci yang aku pernah beli dulu.
    Macam bau Love Me, Love Me Not gitu.


    Selain daripada itu, haruslah menyimpan stok di ofis.
    Kadang-kadang kau keluar pergi lunch kat luar.
    Balik ofis terus bau bawang goreng, nasi goreng, roti canai, asap rokok kat baju kan?
    So.....................
    Mempersembahkan.....




    Tadaaaaaaa!!
    Perfume cinonet tak tau jenama apa.
    22ml kalau tak silap cuma RM6.00.
    Yang ni aku beli kat kaunter cashier kat kedai-kedai biasa tu.
    Simpan kat ofis.


    Kalau hari terlupa sembur perfume, aku sembur la menatang alah ni.
    Balik dari lunch kat luar, bau pelik sikit terus sembur kat badan.
    Yang ni sangat 'mahal' bau dia.. sangat fresh.


    Aku suka hubby punya.
    Memang bau macho habis.
    Yang tu dia simpan dalam kereta.
    Time nak jumpa client, sebelum keluar kereta sembur lebih kurang.


    Aku tak malu ngaku pakai perfume murah.
    Pasal bargain barang-barang bukan nak puji diri sendiri lah.
    Orang nampak aku pakai mahal tapi sebenarnya kebanyakan barangan yang aku beli adalah di bawah RM50.
    Mekap? 
    Aku pencinta Maybelline.
    Handphone je aku tak boleh cincai.
    Aku kan blogger tegar.
    Harus punya handphone canggih dan kamera yang mantap.


    Tengah pikir nak try SimplySiti.
    Jangankan mendapat sokongan suami.
    DIgelaknya kita sepuas hati.
    Terus terbantut nafsu.


    Hampeh...


























    • Share:

    You Might Also Like

    0 ulasan