Nyonya @ The Spring

By Mizz Coki - Februari 26, 2012

Jumaat lepas, seperti yang telah dirancang kiterang pergi ke MPH The Spring.
Tujuan jelas adalah untuk mencari buku adik bujang ku nan sorang itu.
Tujuan tidak jelas adalah untuk mengisi perut.
Balik kerja, lapar beb....


Nyonya ni terletak betul-betul dekat Sugar Bun, kat Food Gallery Food Court tu.
Dah nama pun Nyonya haruslah masakan Nyonya ye dak?


Santapan makan malam.
Macam makanan kat rumah kan, baik masak kat rumah.
Murah pun murah.
Hello.... aku penat tau.
Balik kerja, pergi UiTM amik adik aku, pastu pergi sini pastu ko expect aku nak masak lagi?
Makan jelah, banyak cakap.

Telur dadar goreng.
Kangkung Belacan.
Ayam Goreng Cincalok (sedap gila!)
Ikan Asam Pedas.

Tu dia senarai lauk kiterang.
Dihidangkan bersama nasi beras Iban yang warna purple tu.
Aku cuma nak komen tang Ikan Asam Pedas tu.
Tersangat manis gila OK?
Mana pergi rasa masam dan pedasnya??
Kecewa aku tau.


Lepas feeling-feeling pakai kebaya nyonya sambil menikmati lauk pauk tu kan, tetiba hubby datang bawak salmon sushi.
Ko pehal lakiku?
Rezeki jangan ditolak, tukar pakai kimono terus.
2 ketul sorang jadilah... untuk melepas gian. 
Lagipun Sushi King sesak ngan manusia time tu, takpelah, next time aku nak pegi Sanga Sushi so nantikan the next entry OK?

Merasalah menjahamkan voucher buku 1Malaysia tu untuk beli buku dan alatulis.
Eh? Dah dapat satu bakul penuh.
Adik aku kata, ada baki lagi ni, banyak gak.
Dia offer kiterang pilih buku sorang satu.


Hubby dapat buku "God is a Salesman".
Hampeh tul laki aku.
Takpe, banyak ilmu salesman situ.
He loves it.


Aku lak dapat buku ni, "What Women Want".
The Science of Female Shopping.
Hambik kau.
Nama pun pompuan kan?
Buku ni more to customer behaviour.
Sejak bila aku ni belajar buat bisnes?
Pengaruh laki la sangat.
Buku ni banyak pengetahuan tentang perangai pompuan yang suka bershopping serta selera dan kemahuan mereka.
Kan tak lama lagi aku nak buat online butik?
Oh ya, tak lupa jugak craft supplies.
Jadi kena banyak la menimba ilmu pasal marketing strategies.
La..la..la..la...

Uina.
Dah pukul 11 malam.
Cukup-cukupla entri kali ni, biar sesedap rasa.
Jumpa lagi esok!


  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan