Menangkap Ular Anaconda di Old Town White Coffee Kopitiam

By Mizz Coki - Februari 16, 2012

Wow.
Tajuk propa lebih kan?
Sorry guys, minggu ni macam tak update.
Nak buat kerja pun malas.
Tiba-tiba je jadi pemalas.
Memang malas.

Foto lunch date semalam.
Inilah dia si Wini yang collaborate dengan aku buat package hadiah untuk Valentine's Day haritu.
Tetiba ajak kuar lunch walhal aku dah siap-siap tapau makanan nak makan kat ofis.
Takpe.
Rezeki jangan ditolak.

Dengan gediknya, kiterang pergi airport je.
Airport amboi bukan main.
Sebab nak carik tempat sejuk katanya.
Walhal kat Bt. 7 tu banyak kedai ada aircond.
Kuching Sentral pun tak banyak kereta time lunch.
Sebab nak jadi ular Anaconda punya pasal takpe, kita pergi airport jelah.
Parking punyalah jauh, nasib baik aku tak semput terus basah lencun sebab peluh.
Pandai pulak badan aku cover line hari ni.
Kita kongsi payung Avon warna merah OK?

Yeah.  We've been friends for nearly 14 years!
Dia ni junior one semester je masa kat UiTM dulu.
Sama-sama dah berubah.
14 tahun dulu rupa kiterang, ermmm.. cuba terbalikkan posisi kiterang.
Aku dulu kurus macam dia nilah.
Wini pulak gebu macam haku.

Oh ya, orang Kuching mesti familiar dengan muka dia ni.
Muka dia bersepah kat tepi-tepi jalan ha.
Hahahhaa.. bersepah katanya.
Ye, bersepah.
Sebab dia duta Slim World la la la...

Imagine jelah.
Tauke kek tapi kurus keding.
Yang gemok nye haku sebab aku kan tukang test kek baru dan kek extra hahahahah!!
Komen dari orang kuat makan adalah sangat tepat OK?
Quality Controller tak bertauliah.

Meh kita semak apa yang kiterang hantam waktu lunch.


Mata tiba-tiba terpaku tengok gambar menu.
Oh, I loooikkee!
Air pulak Pepsi Lemon.
Very thirst quenching gitu.


Hmmfftt..
Napa lam gambo punyela menggoda?
Pappadom dia keraslah.
Sambal macam ada sikit pahit.
Tapi tetapla licin!

OK Wini.
Terima kasih daun keladi, lain kali belanja lagi!

Sekian, 
Terima kasih. 
Hahahaahahh!!

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan