Lepas Dahlia Teck, Khairul Fahmi @ Apex Couple Pulak dengan Leuniey??

By Mizz Coki - Februari 03, 2012

Sebelum aku meroyan. 
Sebelum aku meraban.
Meh tengok si Leuniey ni.
Ish.
Susah bebenor nak nyebut nama miker.
Liyuni, boleh?

Foto cilok dari 2DayBlogger!

Muleh tahan lawo gak minah ni.
Ala-ala Scha al-Yahya gitu.
Ni pulok petikan beritanya.
Penjaga gol kebangsaan yang juga selebriti terhangat Khairul Fahmi Che Mat, digosipkan putus cinta buat sesekian kalinya. Jika sebelum ini beliau putus tunang dengan Elia Jejari Runcing, kini beliau dikatakan memutuskan hubungan pula dengan Dahlia Teck… wanita yang memberikan kejutan hari jadi untuknya baru-baru ini.  Gosip hangat ini bertambah kencang apabila penulis akaun Twitter @MahsiH2 turut mendakwa yang Khairul Fahmi Che Mat mempunyai kekasih baru senegeri (Kelantan) bernama ‘Leuniey Natasha’.  
Ok....
Now kita baca lagi...
Lebih memanaskan keadaan, kekasih baru Khairul didakwa baru sahaja bertunang beberapa minggu lalu tetapi minta putus tunang disebabkan ‘tergilakan’ Khairul.
Dakwaan putus cinta antara Dahlia Teck dan Khairul turut diperkuatkan dengan ketiadaan mereka bertwitt sejak pertengahan Januari 2012. Benarkah begitu atau ia hanya gosip yang sengaja diperhangatkan menjelangnya perlawanan yang melibatkan Malaysia?
Seperti biasa, ini hanya gosip. Anda tidak perlu percaya 100%. Untuk membaca sendiri tweets dari pereka akaun Twitter @MahsiH2, anda boleh KLIK DI SINI.
kredit: myartis.com

Aku masih ingat dulu.
Masa aku mengikuti kisah cinta Elia-Fahmi ni macam tengok sinetron Indonesia.
Zaman "How I Met MIA" gitu.
Ada satu part masa memula nak couple tu.
Elia siap kata dia khuatir sikit nak couple ngan footballer sebab ramai kata footballer adalah player.

Tak kisahlah tentang lifestyle dia yang bertukar-tukar awek macam tukar spender sebab tu hak dia.
Tapi kalaulah benar Leuniey Natasha ni couple baru Fahmi dan kalau benar pompuan ni bertunang 2 minggu je kemudian putuskan tunang sebab tergila-gilakan Apex as what was mentioned dalam Twitter tu, memanglah... memang GILA.
Dan ada kebenaran nye jugak yang Apex ni player.

But still, kita makhluk bernama wanita masih mahu tertipu dengan lelaki macam ni.
Sebab dia glamour?
Aku tengok glamour lagi Mr. Os dan Harum Salim Bachik.
Sebab dia kaya raya?
Aku rasa Safiee Sali lagi loaded kut.
Sebab dia hensem?
Hensem ke? 
Sora kepit.

Auuwwwww....



ps:  Aku memang tak suka dia ni sejak dia putus tunang ngan Elia.  Serious.  Putus camtu je macam takde adat.  Bukan takde adat, for me dia takde 'telo'.




  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan