Lama Dah Tak Ber-Smokey Eyes

By Mizz Coki - Februari 20, 2012


Hahahah... Gambar pembukaan entri.
Walaupun muka ku tak selicin telur dikupas tetapi
tetaplah seperti telur direbus (bulat macam telor!)


Kegilaan buat smokey eyes ni bermula bila masuk blog 'Lealaurielle' mana tah dia ni sekarang?
Rindu betul nak baca keletah dia mencarut pun nampak comel.
Dan zaman itu mana wujud keinginan nak membeli berus sampai 20 batang sampai sanggup bayar RM280 ikut kelas mekap M.A.C kemudian order mineral makeup dari US pastu order berus dari Hong Kong dan US juga semata-mata nak mencapai keinginan.


Semuanya gara-gara trend smokey eyes.
Paling mengecewakan bila tak dapat results seperti dikehendaki.
Ini kerana kita Asians ni bermata sepet.
Smokey eyes ni amat cantik kalau mata anda bersoket seperti mat salleh.
Tapi usaha tangga kejayaan kan?
Kena tau tricks dia betul tak?
Thanks to You Tube!
Rupanya senang nak buat, aku ni jenis main tenyeh-tenyeh manja gitu.
Jadi OK?

Tutorial dia ada kat sini.
Ceh, dah dua tahun dah tuto ni tak terasa kan??



Am so loving this pic.
Matila masuk lif tekan sendiri naik tingkat 17!
Terus feeling-feeling diva dan jadikan profile pic untuk FB.

Adios.

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan