Kesiannya, Bapa Michael Jackson Terpaksa Menjaja Pewangi Murahan

By Mizz Coki - Februari 10, 2012

"Duhaaaiii apakah.....  gerangan, budi balasan.... " 
Aduina.

Sedihnya bila baca cerita ni.
Korang baca sendiri baru korang paham.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN


Tiada siapa menyangka bahawa nasib bapa kepada penyanyi Pop Legenda, Micheal Jackson, begitu dhaif kehidupannya kini sehingga terpaksa menjual minyak wangi murahan di kiosk yang terletak di dalam sebuah kompleks membeli belah di Las Vegas.
Laman web hiburan antarabangsa terkenal, TMZ.com, mendedahkan tentang Joe Jackson yang tertidur ketika menunggu pelanggan di kiosk Julian Rouas Paris yang mempamerkan lukisan sketch Raja Pop tersebut  di ‘gerai murahan’ itu.Memburukkan keadaan, aktiviti Joe dan kiosk tersebut dikatakan secara tidak sah disudut perundangan apabila Julian Rouas Paris kini menghadapi tindakan saman dari Bravado International yang merupakan syarikat yang memiliki segala “trademark” berkaitan Micheal Jackson.
Sungguh malang bagi Joe berbanding beberapa artis yang kurang ternama di persada antarabangsa yang memiliki sekurang-kurangnya sebuah kedai yang lebih sesuai untuk memperagakan barangan, beliau hanya ‘tersadai’ di kiosk milik orang lain.
Joe merupakan insan yang bertanggungjawab membawa kemasyhuran anak-anaknya di persada dunia dan menguruskan The Jackson 5, Micheal Jackson, La Toya Jackson dan Janet Jackson sehingga menjadi antara selebriti paling kaya di dalam industri hiburan antarabangsa.  Baca seterusnya: DI SINI.

Walaupun orang lain boleh kata, "eleh, bukannya merompak pon, jual perfume kan cari rezeki halal".
Anak-anak dia semua ada nama tau.
Kaya raya lagi.
Nampaknya berebut-rebut derang ni nak tempa nama jadi Si Tanggang moden.
Aku pernah baca somewhere la dulu bahawa Joe Jackson ni quite garang dan abusive dengan anak-anak dia.

Well, sebagai anak kan, sejahat mana pun orang tua, tanpa mereka kita tak lahir ke dunia ini dan berada di mana kita berada sekarang.

Sebagai orang tua, aku nak pesan jugak.
Berpada-padalah bila nak garang ngan anak.
Jangan garang tu bertukar jadi jahat.
Lepas tu bila ko dah tua-tua besok, takde sapa nak jaga.

Ish.
Pesan kat orang.
Aku pun garang jugak.
Tapi aku sayang Gabby.
Hari ini garang, 20 minit kemudian mesti peluk-peluk dia, ciom ciom dia.

Haishh...
Cemanalah anak tak naik tocang.



  • Share:

You Might Also Like

4 ulasan