Kerana Blog Badan Binasa | WAN SHADES SAMAN PENGENDALI BLOG ROTIKAYA.COM

By Mizz Coki - Februari 25, 2012


WAN SHADES SAMAN PENGENDALI BLOG ROTIKAYA.COM | Bekas penyanyi kumpulan Shades, Mohamad Faizal Mohd Ali atau Wan Shades akan mengambil tindakan saman terhadap pengendali blog hiburan Rotikaya.com kerana menerbitkan artikel yang dianggap memfitnahnya. Katanya, artikel bertajuk Wan Shade Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol anak Tiri Selama Tujuh Tahun secara jelas merujuk kepada dirinya.
Artikel itu dikeluarkan dalam blog Rotikaya.com pada 20 Februari lalu. Bagaimanapun, artikel itu sudah dikeluarkan daripada blog berkenaan. Wan berkata, tindakan undang-undang terpaksa diambil untuk memberi pengajaran kepada pengendali blog itu supaya bertanggungjawab terhadap artikel yang dikeluarkannya selain meminta mereka tampil untuk menjawab setiap tuduhan yang dilemparkan.
Beliau menjelaskan artikel yang dikeluarkan adalah satu spekulasi tidak benar dan ia mencemarkan maruahnya sebagai artis dan nama baiknya sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia.
Beliau memberi tempoh tujuh hari kepada blogger itu untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Beliau juga bersedia bersemuka dengan blogger Rotikaya.com untuk mendapatkan penjelasan, namun sehingga semalam  mereka gagal dihubungi. Wan Shades turut membuat laporan di Balai Polis Ukay Perdana pada hari sama selepas membaca artikel berunsur fitnah diterbitkan dalam blog berkenaan.- Sumber BHarian



Wuhaiii....
Ini pengajaran bagi kita, amik iktibar dari apa yang berlaku.
Jangan tulis ikut sedap tangan je, just nak buat havoc so rating blog naik.
Dan aku rasa ini bukan pertama kali Rotikaya ni nak kena saman, ingat tak kes Fauzi Nawawi yang nak saman Rotikaya sebab memfitnah beliau??? 
Dosa memfitnah ni sama dengan dosa MEMBUNUH tau tak?
Dan satu lagi pesanan buat bloggers luar sana, kalau cedok artikel dari blog lain sila rajin-rajinkan diri untuk letak kredits so besok lusa kalau kau kena amukan ablasa, kau boleh tunjuk yang bukan kau yang sebarkan fitnah tapi kau amik dari blog lain.  Tutup kes.
SHADES ni adalah band boy yang famous pada akhir 90-an dulu.
Ini bukan kumpulan Shades. Ini madafaka. Tetiba.....

Why me??? Why??  Why?????? Whaiiiiiiiiiiiiiii???

Zaman aku skolah menengah dulu memang gempak la derang ni.
Jangan Diucap Selamat Tinggal, recall anyone?
Masuk abad ke 21 terus lenyap depa ni.
So, hati-hati dengan apa yang korang tulis.
Aku pun slalu kena warning dengan hubby.
Letak gambar Kak Mah buat pole dance (superimposed image) pun laki aku gertak aku.
Ala bang, tu pole dance ala2 polling dance la, to attract the polls masa PRU nanti.
Boleh??
Hekekekekek.... 

So pesanan khidmat masyarakat, Tingkatkan Prestasi, Kurangkan Kontroversi, and that is how the cookie crumbles!





  • Share:

You Might Also Like

4 ulasan