KANTOI : ISTERI BAWA ANAK BUAT MAKSIAT DENGAN PASANGAN DI HOTEL

By Mizz Coki - Februari 17, 2012

BUTTERWORTH: Taktik seorang wanita membawa dua anaknya berusia lima dan dua tahun bagi menemaninya melakukan maksiat dengan pasangannya tidak berjaya apabila dicekup pihak berkuasa di sebuah hotel murah di Berapit, semalam. Wanita dan pasangannya berusia 30 tahun ditahan Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) selepas menerima maklumat pasangan bukan muhrim menjadikan hotel murah di kawasan itu.
Lebih mengejutkan melalui soal siasat dijalankan, wanita berkenaan masih isteri orang dan difahamkan suaminya kini ditahan di penjara akibat kesalahan mencuri kenderaan sejak dua tahun lalu. Ketika ditahan, wanita berkenaan berpakaian lengkap sambil mendukung anak lelakinya berusia dua tahun manakala pasangannya berbaju dan hanya memakai tuala.
Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, pada zahirnya, orang ramai menyangka mereka pasangan suami isteri kerana ditemani dua kanak-kanak, tetapi taktik itu gagal mengaburi pihak berkuasa. “Hasil siasatan mendapati pasangan berkenaan belum berkahwin, malah wanita itu masih lagi isteri orang,” katanya ditemui selepas operasi berkenaan. Menurutnya, siasatan mendapati lelaki berkenaan baru dibebaskan selepas dua tahun dipenjarakan kerana kesalahan menyamun sebuah stesen minyak. Katanya, dalam operasi bermula jam 10 malam sehingga 3 pagi itu dengan disertai 24 pegawai penguat kuasa.

Macam-macam je manusia zaman sekarang ni.
Taktik macam haram.
Kesian anak-anak yang tak tau apa-apa.

Tapi taste pompuan ni memang ganas.
Husband dia masih kat penjara sebab mencuri.
Dapat pulak pacar gelap sorang penyamun.

Perfect.

p/s:  Kami dah tau sapa pencuri Wi Fi rumah kami dan kami dah tukar pun WEP kepada WPA-2 padan muka ko setan.  Malu weh, kerja bukan main lagi, Guru Besar sekolah, tapi mencuri Wi Fi. Ptuih!Ptuih!Ptuih!Ptuih!Ptuih!



  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan