Jangan Hancurkan Hatiku (Don't Go Breaking My Heart)

By Mizz Coki - Februari 08, 2012

Nak masuk peraduan ni sangat senang.  
Cuma perlu jawab 1 dari 2 soalan mudah dan menulis sebab-sebab ringkas kat Facebook filem ini LINK.

Contoh:  Jejaka mana satu yang akan korang kahwini?  Atau, korang nak menjadi jejaka yang mana satu?

Senang kan?
Dan tentulah hadiahnya sangat menarik hati iaitu:

  1. Percutian ke Hong Kong ke dua orang termasuk penginapan dan melawat ke lokasi penggambaran filem ini.  
  2. Finalist yang lain-lain tu kalau terpilih dapat hadiah Samsung GALAXY Tab 10.1 dan voucher dari Carrefour.  
  3. Oh ada lagi, korang yang menang kan, dapat feature dalam Celestial movies!


Excited tak?

Nah.
Kalau teruja nak try, mana tau kut-kut dapat pergi Hong Kong bolehlah melencong skali ke Disneyland yang famous tu, korang meh sini pakat ramai-ramai kita masuk peraduan yang sangat simple ni.

 


***************************************************************


Tajuk kemain lagi romantik.
Ok, korang korang korang semorang yang merasakan dirinya romantik sakan dan hati penuh taman berbunga-bunga kaedahnya meh sini kita try nasib masuk peraduan filem romantik baru, DON'T GO BREAKING MY HEART lakonan Louis Koo, Daniel Wu dan Gao Yuan Yuan.

Sebelum tu tengok poster!


FILEM: Don’t Go Breaking My Heart
ARAHAN: Johnnie To
PELAKON: Louis Koo, Daniel Wu dan Gao Yuan Yuan
GENRE: Drama Romantik
TAYANGAN: 31 Mac 2011
ULASAN: Murshid Eunos (Harian metro)

Kisahnya ringkas yang menceritakan seribu satu warna percintaan tiga segi yang merumitkan. Tidak hanya pengorbanan demi sebuah cinta,

Karya romantik ini mengisahkan perihal wanita berasal dari China, Yen bekerja di syarikat teknologi maklumat di Hong Kong. Leka menjalankan kerja harian membuatkan Yen alpa akan peribadinya hingga satu hari dia mula perasan gelagat lelaki kacak, Sean cuba menarik perhatiannya.

Sean berdepan pejabat dengannya dan hanya menggunakan kertas untuk berkomunikasi dengannya dari jauh. Namun akhirnya Yen sedar tindakan Sean bukan untuknya, sebaliknya gadis lain.


Hatinya yang berputik rasa cinta kembali sedih. Pada masa sama, Yen terserempak pula dengan lelaki pelik yang tinggal keseorangan di sebuah taman. Siapa sangka, lelaki yang teruk keadaannya, Kevin rupa-rupanya adalah arkitek yang hilang rasa yakin kepada diri sendiri.
Baca sinopsis penuh DI SINI!


  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan