Hasil Siasatan Bunyi Ngauman Dari Langit oleh ANGKASA, Jab. Meteorologi Malaysia - cuma ujian tekanan dandang!

By Mizz Coki - Februari 01, 2012



‘Bunyi dari langit’ cuma ujian tekanan dandang
Oleh Misiah Taib 
2012/02/01KUCHING: Penemuan awal hasil siasatan bunyi ‘ngauman dari langit’ di Kota Samarahan pada 11 dan 12 Januari lalu, mendapati kemungkinan ia berpunca daripada aktiviti kilang sawit milik FELCRA di
Kampung Endap, dekat situ. 
Penemuan awal itu diperoleh hasil siasatan Jawatankuasa Siasatan Ngauman Langit yang diwujudkan di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof, berkata kilang berkenaan menjalankan ujian tekanan dandang secara automatik, yang mengakibatkan pelepasan wap akibat lebihan tekanan dandang secara berkala dan ia disahkan Penolong Pengurusnya, Yusmizan Desa.


Berita selanjutnya, baca SINI.


Mizz Coki Kata: 
Ye ke?
Terus teringat kat rahsia kerajaan US peristiwa Roswell, di Amerika Syarikat.
Pepaham jelah.
Malas nak speku lebih-lebih kang kena saman sapa susah?
Lagipun bila dah kentut sapa nak ngaku kan?
Lagi-lagi kalau kentut tu 'luarbiasa' baunya.....
Maaf Pokcik Obama.. hamba bergurau saja.




  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan