Buluuuuuuuuu! Yucks.

By Mizz Coki - Februari 02, 2012

Foto kat bawah ni diambik masa mesyuarat Selasa lepas.
Terima kasih, syukur sebab masih dikurniakan penglihatan yang tajam.
Sambil borak-borak ngan colleague masa kudapan pagi.
Mata pun merenung ke arah piring mereka.
Hepppp! JANGAN MAKAN!!
Sila lihat foto kat bawah;


Rambut sapa lak hitam tu ek.
Elok je lepak atas kuih pau tu.
Terus member tu campai balik pau tu dalam pinggan.
Hahaha....


Tak cukup dengan tu.
Borak-borak ngan boss kecik.
Tiba-tiba mata aku terpaku kat donat dia.
Hepppp! JANGAN MAKAN!!
Ada uban!
Uban ke?
Aku nampak macam tali jut guni tu.
Nampak sangat pembuat kuih tu tak ayak tepung betul-betul.

Aku tak salahkan caterer sebab dia pun beli dari pengusaha kuih-muih ni.
Nasib baik mak ada tau.
Terus feeling-feeling Super Hero makanan gitu.

Tapi mak perasan.
Mak kagum dengan kualiti kamera henpon mak.
Sila rujuk kembali gambar pau.
Wow.


  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan