Air Tangan Fizo yang Hensem dan Macho Kini Dibukukan

By Mizz Coki - Februari 02, 2012


Air Tangan Fizo
Fizo Omar
RM 19.90
ISBN: 978-967-0342-19-1
~120 hlm
Bahasa Melayu
‘AIR TANGAN FIZO OMAR’ ini ditulis semata-mata kerana Fizo ingin berkongsi dengan anda semua tentang menu masakan yang Fizo ketahui dan makanan kegemaran Fizo. Fizo memilih masakan ala Thai ini kerana latar belakang keluarga Fizo berdarah kacukan Thai dan Fizo sendiri memang suka belajar memasak masakan Thai sejak dari kecil lagi. Jika ada peluang dan rezeki, Fizo akan cuba berkongsi pula resipi masakan dari barat pula selepas ini. Tidak ada yang susah kalau kita tidak mencubanya.
Tarikh Terbit: 15 Jan 2012



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Mizz Coki Kata:
Orang jantan yang pandai masak adalah idaman setiap wanita.
Kalau masih bujang, untunglah si awek dapat kapel dengan lelaki romantik.
Romantik tau.
Kalau dah kawen besok lagiiiiila best.
Macam mendiang ayah.
Mak dalam pantang dia lah ligat kat dapur siap parutkan halia lagi.
Romantik tak ayah aku?

Laki aku pun romantik gak.
Cuma cara dia masak tu agak tak romantik.
Ayam setengah ekor, bawang satu mangkuk besar.
Mana tak terkentut-kentut lepas makan.
Sayang sungguh laki aku kat semorang.
Takmo semua perut masuk angin.
Haha!

Nak nak yang hensem macam Fizo.
Tengok Chef kat TV.
Kalau Chef lelaki mesti mengghairahkan masakan mereka.
Mesti ghairah tengok Fizo masak kan?
Kalau Jaafar Onn?
Tak koser haku nak mengghairahkan diri!
Haha!

Errr.. Fizo.
Psstt. psstt Fizo...
Meh la masakkan Pasta Aglio Olio macam Chef kat citer Korea - Pasta tu.
Huhu...
Mimpi basahla lepas ni.

Eh, tunggu dulu.
Buku tu kata Fizo pakar masakan Thai.
Tak jadilah yang...
Nanti bau serai bau tom yam.
Tak romantik.....

Hahahahahah...........





  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan