3 Hari Cuti yang Tidak Terasa 3 Harinya

By Mizz Coki - Februari 06, 2012

Phewww!!
Tak terasa 3 hari berlalu.
Kat rumah memang takde kerja lain.
Saja mengambil kesempatan atas cuti umum dan cuti peristiwa untuk siapkan order, tempahan dari pelanggan sempena Valentine's Day yang akan tiba tak lama lagi.
Betul-betul mengkomersilkan V-Day nampak gayanya kiterang.

Sebelum tu saja nak share gambar last Friday.

Nasi Goreng Ayam order dari kantin.  Jangan lupa telur mata kerbau satu kat atas, hik hik.  Divine!

Anyway, kesian blog ni tak ter-Update.
Eleh, bukannya ada orang nak baca pun hujung minggu.
Statik kat Blogger.com dah mencatatkan pembaca ramai masuk pada hari bekerja.
'Bekerja' bersungguh-sungguh kan kita? 
Ngahahaha...

Sedikit teaser aktiviti hujung minggu.

Keychain yang sedang menunggu masa catnya kering

Antara keychain yang dah siap kita simpan dulu ye? 

Ini pulak bookmarks yang telah siap dan kering.  Tengah sidai ni.

Penat tu memang penatlah.
Sakit tau punggung dok duduk seharian sampai malam.
Masak pun ala kadar je.
Memang thrilling gila dapat tempahan macam ni.
At least kaki aku tak melangkah keluar dari rumah tiap hujung minggu.
Keluar rumah bermaksud duit pun terbang jugak.
Aku kan wanita boros.
Lol.

Ada lagi tempahan lain selain dari Valentine's Day.
Sian korang.
Takpe, aku janji minggu ni siaplah semuanya.

OK.
Dah dekat tengah malam ni.
Nak tidur dulu.
Takut jerawat memanjat naik ke muka.
Jenuh la jerawat ni.

So, orang-orang Kuching order masih lagi dibuka sampai 11 Februari saja, kalau nak order sila KLIK SINI ya?
Tempat self-pick up adalah kat Tarot Cafe, hanya seberang jalan je dari The Spring Mall.
Tarikh pulak 13-14 Februari pukul 12 tengah hari sampai 2 petang.
Kepada yang dah order, terima kasih tak terhingga dari Mizz Coki & Mizz Wini.
Matilah perasan ala-ala Sereni & Shentel kan?

That's for wrap up.
Ciao.





  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan