Terima Kasih Tuhan!

By Mizz Coki - Januari 09, 2012

First event bila masuk tahun baru.
Bangkit je pagi tu badan masih sakit-sakit lenguh gitu.
Yelah, bukannya penat masak apa pun.
Penat makan.

Pukul 12 tengah hari lepas lunch terus gi umah Mak.
Aku kan Chef harapan hahaahahaha... walhal Sous Chef je.
Mak la Executive Chef kat rumah.
Kupas bilis bawang blend cili perah santan tu semua kerja aku.

Nak masak untuk apa ye?
Naaaaaaa, inilah orang nak mula bukak cerita.
Haritu aku ada cita kan pasal adik bongsu kiterang masuk UiTM.
Mak tak sempat nak buat thanksgiving (kenduri doa selamat) lagi.
Rasa 'berhutang; katanya.......

Kiterang cuma jemput keluarga terdekat aje.
Yang dok dekat-dekat umah Mak.


Ko nampak budak jambul terpacak tengok ke arah camerawoman (aku)??
Itulah Ted.
Hoi! Fokus la orang tengah bercakap tu.



Ni semua kazen-kazen dan anak buah aku.
Sayra yang buat peace tu kiut la dia buat camtu.
FYI, umur dia sama Gabby, dan dia cuma tua beberapa bulan aje.


See?
Perbezaan antara Sayra dan Gabby.
Ko bagi la lelemak paus ko tu sikit buat Sayra ye sayang.
Yang baju pink tu Sonia.
Eh jangan ingat derang tengah bergaduh.
Derang memain je tu untuk tujuan fotografi.
Kiut je derang nak tumbuk Gabby.

Penat la jugak malam tu.
Malam sebelumnya sibuk dengan persiapan tahun baru.
Nasib baik hari Isnin cuti peristiwa.
Dapatlah aku lelapkan mata lama sikit.

So harapan dari kami semua agar ko tak lupa diri dik.
Jangan besok lusa tetiba je keluar kat Facebook, 

a.  perkahwinan sesama jenis.
b.  pegi turunkan bendera yang ada muka PM.  
c.  tangkap gambar pakai legging pastu buat press conference via Skype cakap slang mat salleh pekat.

Tetibe.....
Hehehe..
Ishhh!

Selisih malaikat 44!



  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan