Siapa Penyanyi yang Auta Tipu Orang Sampai Dekat RM1 Juta Tuu?

By Mizz Coki - Januari 28, 2012

Ish. Perangai tak semenggah betul.
Kesian couple ni kena tipu dan hidup sengsara disebabkan menanggung beban hutang penyanyi yang kononnya terkenal tu.
Siapa aarr??



KUALA LUMPUR: “Bukan mahu mengaibkan dia, tetapi perbuatannya yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kami sekeluarga hidup sengsara sejak lapan tahun lalu,” kata sepasang suami isteri yang menanggung hutang hampir RM1 juta dan diisytiharkan muflis, didakwa akibat diperdaya seorang penyanyi terkenal. Abang Yusuf Abang Daud, 36, yang juga bekas vokalis kumpulan Baji dan isterinya, Noor Maszura Abu Bakar, 30, mendakwa mereka hidup tertekan selepas diisytiharkan muflis pada 2008 disebabkan penyanyi terbabit gagal menjelaskan pelbagai jenis pinjaman bank berjumlah RM929,503. Noor Maszura berkata, semuanya bermula apabila dia dan suaminya dilantik oleh penyanyi terbabit sebagai pengarah syarikat rakaman miliknya pada Disember 2002. 
Berita selanjutnya DI SINI.

Kan?
Kesianla orang yang kena pedajal cukup-cukup macam ni.
Korang rasa sapa la artis yang perasan terkenal tu ye?
Karma counts bebeh.
Ingat tu.

Dah tau diri tu famous konon-kononnya kan.
Apelah salahnya waktu senggang tu gunakan untuk buat blog ke, tangkap gambar ke.
Lepas tu jana duit Nuffnang dan iklan Churp Churp.
Dah tu kalau famous kan ribu-ribu trafik masuk sehari kan?
Menyusahkan idup orang adelah.

Perkara menanggung hutang orang dan ditipu ni memang selalu berlaku dah.
Macam perkara biasa, takde luar biasanya bagi kita.
Paling dahsyat bila kawan yang dianggap kawan sejati, kawan baik dunia akhirat aniaya kita macam ni.
Bercakap pun berdasarkan pengalaman hidup.
Kadang-kadang aku rasa peminjam-peminjam yang masih berhutang ngan kiterang sebenarnya macam tak ikhlas je kawan ngan kita.
Waktu kita berduit, ke hulu hilir depa sanggup dok ikut kita.
Bila dah pakai duit kita buat-buat lupa bayar.
Kita pulak rasa macam ala kesiannya, takpe halalkan aje.
Kalau sekali dua takpe.
Kalau seratus dua takpe.

Adik beradik pun macam tu jugak.
Pasal tulah kadang-kadang susah untuk aku percaya kat orang.
Jenuh dah kena tipu ni.

Korang jangan pulak menipu kawan-kawan atau family members.
Besok-besok turn korang pulak kena padan muka.


Yang aku emo tetiba ni kenape?

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan