Sexually Confused. Keliru Seks. Seksa.

By Mizz Coki - Januari 13, 2012

Ramai tidak ambil peduli masalah kecelaruan jantina
 JOHOR BAHRU: Sikap segelintir masyarakat memandang ringan gejala kecelaruan jantina dipercayai antara faktor mengakibatkan masalah itu semakin berleluasa hingga segelintir individu terjebak dalam hubungan sejenis. Keadaan itu dikhuatiri boleh menyebabkan institusi kekeluargaan semakin goyah selain memupuk generasi masa depan yang tidak mampu memahami erti hubungan mahram mahupun perkahwinan. Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Khaidzir Ismail berkata, semakin ramai penduduk negara ini memandang ringan gejala kecelaruan jantina walaupun ia boleh membawa pelbagai kesan buruk terhadap masyarakat dan negara. “Jika zaman dulu, tingkah laku sebegini dianggap sebagai suatu masalah keruntuhan akhlak yang serius dan penyakit kecelaruan minda, sebaliknya kini ia menjadi suatu perkara normal kerana tiada pihak memandang serius. “Ditambah pula, terdapat segelintir kelab mewujudkan laman web tertentu semata-mata menunjukkan sokongan terhadap golongan terbabit,” katanya. Dr Khaidzir berkata, bagaimanapun, gejala ini mampu diatasi dengan beberapa cara penyelesaian dengan ia lebih berkesan apabila menerima sokongan pelbagai lapisan masyarakat. Menurutnya, golongan itu seharusnya digalakkan bertemu pakar psikologi atau psikiatri.

Eerrrkk..
Bohong kalau aku kata aku takde kawan dari kalangan golongan begini.
Tapi part nak menegur tu, maaflah, jujur aku bagitau aku tak berani nak tegur derang.
Bukan tak berani sebenarnya.
Aku nampak mereka selesa dengan keadaan mereka macam tu.
Aku pun selesa jugak bergaul dengan mereka.
**Mati la lepas ni aku kena rejam dengan batu. Huhu
Nampak sangat kan ini bukan taboo atau fenomena luar biasa.
Dah jadi lumrah dan kebiasaan.
Kann?

Tapi,
Kalau ada peluang tu, kalau rasa-rasanya tidak membebankan.
Tarbiah lah kawan-kawan kita lite-lite gitu.
Kalau kita kat tempat mereka kita pun tak nak orang jerkah kita dan bagi ayat kaw-kaw.
Kann??



... Eh, hari ini Friday the 13th kan?
Takut kewwww?
Urban legend je tu dik.
Insiden 13 haribulan hari Jumaat ni memang digeruni mat salleh.
Kebetulan je tu kut.


OK.  Nak sambung buat kerja dan kemas rumah Sims Social.
Kerjalah sangat kan?
Sangap tol!
Hello, boss besar takdak kt ofis arini.
Dia bercuti sehari so P.A. dia jaga ofis dan main games lah kan.
Heppp, kerja kena siap dulu.
Baru tak kantoi.


Anyway,
video special untuk korang yang rajin lepak sini.



Keliru tak dengan budak ni?
Nama dia Omar Hairy.
Tapi suara dia very the Omara Hairyna.

Ciao!

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan