Menu sarapan serendah RM2

By Mizz Coki - Januari 26, 2012



WARGA kota terutamanya di Kuala Lumpur sudah biasa membayar harga makanan yang tinggi. Di gerai tepi jalan sekali pun, harga sepinggan nasi ayam sahaja tidak kurang RM4. Harga itu belum termasuk minuman.
Justeru, sudah pasti ramai yang mengeluh dengan kenaikan harga makanan sejak kebelakangan ini. Bagi yang kurang berkemampuan, mereka mungkin terpaksa mencatu makanan setiap hari atau makan ala kadar sahaja.  Hendak memasak sendiri, kadangkala tidak berbaloi lebih-lebih lagi bagi golongan bujang dan pelajar.
Bagaimanapun, melalui Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) yang diperkenalkan sejak November tahun lalu bukan sahaja menggembirakan rakyat malah pengusaha restoran turut mendapat manfaat.
Dicilok dari Harian Metro Online.


Mizz Coki Kata:
Hmmffttt.....
Hmmmfffttttsss....
Bagus sungguh niat murni kerajaan panggil pengusaha katering/restoran ramai-ramai buat menu murah, sedap dan sihat.
Bukan apa ye, untuk ibu-ibu yang berkarier ni (macam haku, Pfftss!) nak bangun awal buat breakfast dan memasak lepas balik kerja adalah berat sikit.
Kalau tak berapa letih ok ler tu nak memasak, tapi kalau penat gila?
So far kalau setakat dua orang makan Kolo Mee (bukan Melayu punya tapi Cina OK? Take note) dan minum teh O ais tu kat Kuching ni senang-senang dapat dalam RM8 untuk dua orang. 
Murah tak?
Kalau kat Kuching, nak breakfast kedai Melayu kena sediakan sen lebih sedikit.

Pernah kena sekali kat Kopi O' Corner.
Famous gila tempat ni untuk breakfast.
Kalau tak silap haritu, aku order Teh Tarik Ais dua, Mee Jawa Special dan Nasi Lemak Special.
Mee Jawa tu siap dengan sate OK?
Nasi Lemak Special aku tu siap dengan sambal sotong dan daging.
Hubby bagi note RM50.
Derang return balik korang teka berapa??
RM23.50.
WTF.
Terus banned tempat tu sampai ke hari ini.
Nak kata salah kira, derang guna cash register.
Biar betik?

Same thing goes pergi kat Aroma Cafe.
Tempat halal OK?
Pun kena macam tu jugak.
Kalau dua orang duduk breakfast memang kena la dalam belasan ringgit.

Ini cuma pendapat aku OK, kang korang kata aku racist lah spastik lah, terencat lah... 
Makanan/restoran/cafe Melayu kat Kuching ni sebenarnya sangat berpotensi.
Tapi berpada-padalah sikit.
Dah namapun tekak aku macam tekak Melayu, semua selera ke arah Melayu.
Tapi pergi kedai Melayu macam OMGWTF servis lambat, harga mahal, tak sedap....

Orang Cina kat Kuching majoriti satu famili suka makan kat luar.
Tiap-tiap hari pulak tu.
Takkan hari-hari derang nak balun pergi seafood aje kan?
Mereka ni adalah jenis yang sangat berkira tau.
5 sen pun mereka kira.
Walaupun rumah sebesar padang bola dan ada kereta Mercedes dua tiga bijik.

Jadi inilah peluang, kita perbaiki kelemahan.
Especially kat Kuching, majoriti penduduk adalah Cina.
Inilah masanya kita nak mengambil hati derang melalui perut.
Bagi servis terbaik dan cepat.
Harga mesti berpatutan.
Lepas tu mereka mesti akan conceng conceng kat kawan-kawan dan sahabat-handai serta saudara-mara yang lain bahawa kedai makan kita adalah superb!

Tak caya?
ber-UBAH-lah.....

p/s:  Entri ini takde kaitan dengan PRU akan datang. Aku dah habis idea dah ni. Kihkihkih....



  • Share:

You Might Also Like

9 ulasan