Kuching Sentral Kini Dah Bukak!

By Mizz Coki - Januari 25, 2012

Hello semua! Ini adalah entri basi. 
Gambar-gambar adalah diambil dengan begitu beberapa minggu lepas. 
Tengok bahasa pun dah tunggang-langgang jadinya.

Balik kerja singgah sini kejap nak skodeng.
Orang pun boleh tahan la tak sesak macam kat Giant.
Sikit sikit Giant.
Sikit sikit Giant.
Sikit sikit Giant.
Typical orang Kuching la ni.
Kesian E-Mart dan Choice Super Mall....
Dengar kabar semakin sunyi... huhu....
Semua shopping malls orang bukak kat Kuching Selatan.
Lepas ni ada The Summer kat Kota Samarahan dan Eastern Mall kat Siburan.
Sabar ye, mana tau besok lusa Tesco ke... Ikea ke bukak sana....
Tengok market maaaaa.... sapa suka gi Ikea sampai penuh kapalterbang tiap-tiap kali cuti sekolah pergi KL semata-mata nak gi Ikea la la la  la...


Parking dah nak penuh time ni.
Agak-agak dalam pukul enam petang ni.
Perut pun berkeroncong lapar lak tu.
Balik kerja la katakan.


Ini kedai waffle Daily Fresh.
Tetiba tekak nak waffle.
Waffle ye readers, ramai letak kat Facebook makan WAFFER.
WAFFER?
WTF.
WAFFER tu yang lapis cokelat macam cokelat Apollo tu.
Ni Waffle, check ejaan dulu kat www.dictionary.com baru buat posting.
Buat malu orang kampung jek.

Kisah masa beli ni kan, aku sebut dengan jelas nak letak sapuan apa.
Chocolate and Peanut Butter SATU YE.
Derang bagi apa???
COKELAT SAJA.
Taukey kedai tu nak tukar tapi aku cakap takyahlah.
Time ni aku dah mula bengang.


Budak dua orang yang baru masuk kerja ni nampak cam bodoh-bodoh je.
Yelah, sabar je noks.
Kalau dia pandai dia dah masuk universiti dah.
Dia takkan pi keja kat situ.
Betul tak?
Eeeeii jahat.
Resit sepatutnya bagi kat pelanggan tapi derang biarkan aje terjulur panjang kat cash register.
Kan ke bodoh namanya tu?
Eeeiii jahat lagi...
Agaknya tengok muka aku dah muncung, suara aku dah tinggi dah time tu kata order aku salah buat.
Terus taukey tu kata, sebab hari ni hari pertama waffle derang bukak bisnes maka semua pelanggan dapat makan FREE.
Nyesal aku tak order 10 keping.
Biar nangis budak dua orang tu hahahahaaha....
Eeeeii jahat lagi.

Masa nak balik tetiba PIL call.
Suruh beli pencuci pakaian.
Memang bengang gila time tu.
Tah kenapa benda-benda kecik pun boleh buat aku marah sakan.

MACAM LA TAK BOLEH KELUAR SIANG-SIANG TADI BELI DETERGENT.  
AKU BENCILAH MACAM NI, ASAL BALIK KERJA JE ADA JE PESANAN, BELI MILO LAH, BELI ITULAH , INILAH ETC ETC.
KEDEKUT PETROL KERETA LA ORANG TUA TU!
DAHLA HUBBY AMIK LAMBAT... KENA SINGGAH SANA SINI SHOPPING DULU.
PUKUL 7:30 MALAM BARU SAMPAI RUMAH.
LETIH TAU TAK??

Kannn??
Walhal kedai tu jalan kaki je dah sampai.
Balik kerja karang claim lah duit tu daripada kami.
Bukannya uzur dah masuk umur 90 tahun pon.
Baru je 63.

Hubby masuk H&L beli detergent.
Aku tunggu la kat luar cam tunggul sambil kunyah waffle, sambil tu tangan hayun-hayun gitu.
Tak semena-mena, tangan aku terlibas errrkk...
Terlibas celah kangkang laki orang OK????
Nasib baik tak tepukol telo, kalau pecah mana nak carik ganti???
HAHAKAKKAAKAKAKKAKAKAKAKA!!!!

Settled.

Sekarang pergi tempat parking kereta la pulak.
Ada Honda parking memang rapat gila dengan kereta kami.
Nyaris rear mirror dia nak kena rear mirror kami.
Rapat gila.
ALAMAK????!!!
Sial punya Honda sapa ajar dia parking macam tu?
Cemana la aku nak masuk????

Bengang lagi.
Kali ni aku pergi dekat pintu depan kereta tu dan ....
"BANGG!!!!!!!"
Ye.
Aku terajang pintu kereta tu.
Sebenarnya dari mula-mula aku dah rasa nak tumbok dan terajang sesuatu.
Kalau aku marah memang camtu.

Mula-mula semput sebab aku rasa banyak angin lak aritu.
Bayangkan perut kosong, tapi kembong, jalan semput.
Beli waffle salah bagi order.
Nyaris terpukul telo orang ahahhaha...
Sekarang ada kereta carik pasal pulak.

Serius, kalau aku marah aku mesti nak hentak something.
Macam kat rumah aku cepat-cepat gi toilet cuci muka.
Atau mandi.
Atau hentak meja.
Atau sepak dinding.
Atau masak pedas-pedas dan berminyak goreng supaya semua makan terbatuk-batuk.
Takyah cita lah.. kang korang kata aku derhaka.
Jangan carik pasal dengan aku sudehhh....

Minggu PMS tu.
Sekarang, aku period.

Maafkan dakuuuu...........



  • Share:

You Might Also Like

5 ulasan