Jangan Bom Helikopter PM Please?

By Mizz Coki - Januari 17, 2012

Pelajar USM didakwa ancam keselamatan najib dibebas untuk duduki peperiksaan 

GEORGE TOWN: Polis melepaskan dengan jaminan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang membuat kenyataan berbaur ugutan di laman sosialnya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam. Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata polis membebaskan pelajar terbabit selama sebulan tetapi boleh memanggilnya pada bila-bila masa sekiranya perlu bagi membantu siasatan. "Dia adalah pelajar tahun keempat jurusan kejuruteraan, dan sedang menduduki peperiksaan. 
Polis membebaskannya bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan hari ini," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Polis Diraja Malaysia di sini hari ini. Pelajar berusia 24 tahun itu dikatakan telah membuat kenyataan untuk meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri dalam lawatannya ke USM minggu depan. Dia ditahan pada 1.30 petang semalam selepas polis mendapat maklumat mengenai kenyataannya itu. Siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperutukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. - Bernama


Kann??
Bebudak zaman sekarang.
Apa kelas nak calarkan kereta cikgu.
Kurang 'thrill' katanya.

Macam budak ni.
Imaginasi dia 'tinggi sikit dari kita.
Ambik bom sesedap rasa, pasang kat heli PM.
Cerah sungguh masa depan ko ye dik.........

Kalau aku buat camtu.
Lama dah terburai tali perut bapak aku pijak-pijakkan.
Mesti mak pak dia dari pakatan pembangkang.

"Ehek ehek hek hek hek..."


  • Share:

You Might Also Like

5 ulasan