Idaman Tercapai - Red Velvet Cupcakes

By Mizz Coki - Januari 31, 2012

Sila meratap melihat kegebuan cupcakes ni.
Red Velvet nama diberi.
Baham dua nak empat lagi.....
Apa-apa pon.. tengok ler dulu gambo ni....




Ni aku order spesel dari kawan aku si Winnie ni.
Untuk memujuk dak Gabby yang betul-betul kena dera sepanjang minggu sebab tahun ni dia nak dok UPSR.
Lepas belajar penat-penat, dapat makan Red Velvet.
Mak aku mana pernah buat camtu masa aku kecik-kecik dulu.
Kena pelangkung adelar...


Memang sedap cuppies dia.
Lari dari kelaziman, kali ini topping sour cream yang cheesy itu ditabur chocolate chips dan ada hiasan gegula bunga.
RM3.80 sebijik jadi kita order 10 dapat lagi free 2.
Sekali-sekala layan Red Velvet takpe kan?
Sebulan sekali, bukannya tiap-tiap minggu pon.

Rasa dia?
Cuba bayangkan....
Kek warna baldu kemerahan yang padat dengan rasa koko....
Dan disulami rasa krim keju yang masam-masam manis.
Pekena pulak Milo O panas.

Sila pengsan sekarang.





  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan