Entri Pertama di Tahun Baru

By Mizz Coki - Januari 03, 2012

'di' tahun baru.

Salah!
Sepatutnya 'PADA' tahun baru sebab di tu menunjukkan tempat dan bukan masa.
Paham murid-murid?

Entri kali ni pasal pergi sekolah Gabby untuk registration PADA 30 Disember lepas.
Haaaa.. tengok, penggunaan PADA yang betul ye anak murid semua.
Mentang-mentang entri pasal sekolah terus feeling-feeling Cikgu Bedah.

Ni kisah sampai kat sekolah.
Dah beberapa hari sebelum dia Gabby warning aku.
Tolong jangan pergi kelas dia.
Aku punya pasal lah ni pergi gertak budak tu.
Buat cerita yang aku nak make friend dengan cikgu kelas dia dan nak bertukar nombor henpon serta Facebook so that aku boleh monitor dia kat kelas.
Budak ni kan memang nakal.
Tu pasal dia takut sampai dalam kereta dia dah separa menangis merayu-rayu supaya aku tak pergi ke kelas dia.

OKlah.  
Papa dia suruh aku stay dalam kereta.
Dah la panas.
Bukan boleh bukak aircond pon.
Cissss..

20 minit kemudian.......
Pintu kereta diketuk.
Uuuupss sorry yang, Mama tertidur.
Hahahaha..... boleh kau tertidur dalam kereta??
Hahahaa...

Hubby bagitau yuran dan buku ada naik 'sikit' tahun ni sebab Gabby dah masuk darjah enam.
UPSR dan kos-kos lain termasuk kelas tambahan.
Dalam RM200+++ camtu.
Tak kisahla sebab memang dari awal tahun kiterang simpan duit untuk road tax/insurance dan registration sekolah Gabby.  
Road tax dan insurance tiba-tiba murah tahun ni, dalam enam ratus lebih je.
Banyak jugak baki simpanan terus buat bayaran sekolah.

Tetiba cikgu kelas dia remind yang dia belum amik duit bantuan skolah yang seratus hengget tu.
Apa lagi budak demok tu terus tarik papa dia pergi bilik cikgu.
Adoi..... 
Boleh buat belanja makan ye Papa.
Sorrylah anak ku nan sorang, kira dah subsidi setengah daripada yuran tahunan so duit tu kiterang guna untuk beli kain buat seragam sekolah dan bayaran tailoring.

Sampai kat KFC The Spring...
Kita tipu dia kata kita guna duit tu untuk belanja makan.
Baki dia untuk belanja sekolah.
So tahun ni kena belajar rajin-rajin supaya Perdana Menteri bagi bantuan KFC lagi tahun depan.
Hahahaahahah!!
Best lah part menipu budak-budak ni.






Lepas bedal ayam, bedal Zinger lagi.

Tak cukup Milo ice, pekena Krusher lagi. Aku nak muntah dah tengok dia makan.

Penat siak haritu.
Panas menggila.
Macam tak cukup guna sunscreen kat muka.

Masuk Kamdar amboi sejuk nya....
Cari punya cari terjumpalah kain yang lembut dan sejuk untuk buat baju sekolah budak demok ni.
Lepas tu cari stationary la pulak.
Pensel, pemadam, pengasah pensel, pensel warna, buku nota dan badges.
Jangan tanya kenapa badges.
Anak dah menginjak remaja.
Haruslah ada badges sangkut kat beg.

Macam-macam je.................
Anyway tahun ni bersiap sedialah kau wahai Gabby.
UPSR tinggal lapan bulan je lebih kurang.
Pepaham ye nak kalau Mama kau tiba-tiba jadi singa betina Afrika.

..... ngehehehe... *evilish chuckle.






  • Share:

You Might Also Like

4 ulasan